Tuesday 29 October 2013

Rahsia Allah.

Assalamualaikum. Sebenarnya harini hz cuma nak berborak pasal GF. itu kata orang barat. hehe,
Sebenarnya hz betul2 dah tak kisah dengan "GF" sebab apa? sebab itu semua hanya sia-sia kalau kita sendiri dah melakukan pelbagai cara untuk mnejaga hati dia tapi dia seperti tiada hati. Jadi kalau lepas ni kawan2 ataupun sedara mara y bertanyakan tentang GF ni semua. hz takkan malu nak cakap tak ada. Biarlah orang nak cakap apa. tapi bohonglah kalau kita sendiri tak cemburu bila nampak kawan2 kita yang lain tengah sweet mweet tweet-tweet dengan awek dia kan. Biarkan saja dan kita sebagai kawan mendoakan kebahagiaan mereka jewp. :)

Bagi hz memang buat masa sekarang tak ada Girlfriend, tak ada awek yang bertakhta di hati ni. tapi Bakal Isteri saya kan dah ada. Cuma saya tak tau je dia dekat mana sekarang. sebab apa saya cakap gf tak ada tapi bakal isteri saya dah lama ada. sebabnya Jodoh itu kan Rahsia dan hak Allah. Kita mencari macam mana sekalipun kalau DIA tak bagi pun tak boleh juga kan. Jadi kita buat biasa2 saje lah. Bakal Isteri hz dah lama tunggu, cumanya kita saje tak tau. Kita masih tertanya-tanya tapi sebenarnya Allah tu dah bagi cukup complete dan bagi details dah segala maklumat, nama, siapa, orang mana yang akan menjaga saya hingga akhir hayat. betul tak :)
Hehe.  

Monday 28 October 2013

Today !

Assalamualaikum :)
kalau tengok Title macam ada something. sebenarnya tak ada apa pun. cumanya hz tak tau harini sangat tenang hati dan alhamdulillah rasa macam semua baik sekali. Nak tulis pasal result pon tak boleh juga hari hari dok update result lama2 bosan lah yang baca betul tak ? hehe, jadi hz cuma terfikir yang sebenarnya hz patut berubah. maksudnya menjadi seorang yang lebih matang. paling penting menjadi seorang anak dan pelajar yang lebih baik dan berwawasan. sejujurnya hz rasa macam nak berubah daripada diri sekarang ni kepada seorang yang senyap. Iya, senyap. nampak macam lebih menarik bukan. hz berharap apa yang hz cakap ni menjadi kenyataan. Iya lah kalau senyap hati orang tak kan terguris, dan kita pun takkan mengeluarkan bahasa2 yang tak sepatutnya keluar kan. hehe 
SELAMAT MALAM

Sunday 27 October 2013

Me.

Sebenarnya susah untuk menjadi diri sendiri, apatah lagi untuk kita menjadi orang lain. dan bangga lah seseorang itu apabila menjadi diri sendiri walaupun banyak dugaan, cabaran hidup yang perlu di tempuh serta jatuh bangun sebagai seorang anak, seorang pelajar dan sebagai umat Muhammad. So, as a conclude It's Hard To Be Me. :)

PENENANG DIRI.

Di saat aku di jatuhkan dan sering dipersalahkan hanya untuk melihat semua insan yang aku sayangi bahagia. Aku minta kepada Maha Pencipta yang selesaikan masalah. maka tak lagi bergelumang dengan masalah2 yang tak sepatutnya di hadap. Banyak solat yang kita boleh lakukan tapi solat hajat adalah antara yang hz amalkan sejak dahulu. Alhamdulillah. Semoga Dia mendengar keluhan umatnya yang kerdil lagi hina ini. Amin :)

Sandiwara Dunia

Yang buruk seringkali manusia nampak. walaupun yang buruk itu mungkin belum tahu kesahihannya lagi .
tapi Yang baik di kata hipokrit dan hanyalah lakonan semata-mata. 
Dunia tetap dunia. sudah beratus tahun Bumi ni berputar dan hukum manusia adalah sama sehingga ke hari ini dan ianya akan terus berlanjutan selama-lamanya walaupun Bumi ini di mamah usia. Percayalah
-MUHAMAD AMIRUL HAFFIZ-
28.10.2013
12.55. A.M.

Decide !

Hz syukur sebab dapat melupakan dia. dan alhamdulillaah hubungan kami tak terlalu jauh. as a conclusion, Imma 20 Age, so no need to think bout some person that never appreciated with what Im done for her. and yah, It's getting better and comfortable when I got to forget her forever. just wish her May Allah blessed and give the blast to her and her life partner. :')

:(

Harini dah 27.10.2013. Dan 5 Hari lagi adalah tarikh untuk aku melihat kebijaksanaan aku selama satu sem mengharungi pelbagai dugaan, cabaran dan jatuh bangun aku dalam membawa nama seorang pelajar dan seorang anak . hmmmmmmmmmmmmmmmmm

Thursday 24 October 2013

TRIPLE H

Assalamualaikum. 
Hz sebenarnya cukup cukup beruntung sebab ada ramai di sekeliling yang sering buat hz bahagia, pada saat ini hz dah tak fikir dan tak kisah sama ada sekarang ni nak berhubungan dengan mana2 wanita untuk menjadi pelengkap hidup. Sebaliknya hz sangat bersyukur sebab semua di sekeliling hz adalah yang terbaik yang dikurniakan daripada Maha Pencipta. Terima kasih Triple H Hamzi Hanafi Hamzah sebab hamzi selalu ambil berat pasal fizz, selalu ingatkan fizz tentang pelajaran, dan mengajar fizz lebih matang dalam kehidupan. diam tak diam dah setahun lebih jugak fizz kenal hamzi. Hz anggap hamzi sebagai seorang abang yang selalu care pasal adik-adik dia, selalu manja, selalu suka, gelak terbahak bahak Ha Ha Ha. and hamzi yang mengajar fizz makan Boost 7E. hahaha. lawaks sangat ! Terimakasih sebab selalu bagi nasihat yang boleh hz gunakan dan percayalah, bukan hamzi sahaja, malah semua orang yang kenal hz sangat hz sayang hingga hujung nyawa.  Semua !!! hehe nak sebut satu2 hehe boleh lah, kalau budak kelas, semua lah tapi paling rapat Mazuan, Syahmel, Rafy, Eira, Nona, Abe Hadri, Ayang, Zul, Wan Eya, Joe, Pa'a. MY Lovely Roomate Agip Kalau Kebudayaan, Ikin, Fairuz, Sai, Idan, Fura, Azlan, My twin Fara, Syasya, Wawan, Hasifffff ....., Capik, and yang paling paling dan paling tak mungkin berpaling Hamzi. Kalau Group 6S, of course Hadrie, Din, Fyfy, an, Scha, Yana and yang baru kenal tapi cukup as a friend Eyda and Amira :)!!! :D Thankyou so much. Thankyou UiTM and Thanks to Allah yang 1 that given me UiTM to know all each person at there place. Salam sayang dari Shanghai. haha
^-^ Hamzi Jom Karokss ! haha

RESULT 1/11 INI ! :O

Macam mana lah nanti. result lagi 8 hari saja. aduhai harap-harap segalanya tak ada apa-apa yang mengecewakan hati dan perasaan hz serta ayah n ma n semua orang yang selalu bagi support. harap sangat semester ini dapat naikkan lagi cgpa. Amin

MY SIBLING ~

Assalamualaikum. fuh, line tengah laju best lah nak update Diari saya. haha
Hz cuma nak kongsi cerita. Yup, macam yang sedia maklum dulu hz ada group A.R.Y.  so salah seorang daripada group tu Rain ataupun hz panggil dia sebagai abang. jadi memudahkan cerita, dah 2 bulan abang tak contact, tak message, tak chat semua lah. Tiba-tiba hz terkejut sebab masa tu tengah lepak dgn adik-adik tengok tv, tengok "Incoming Call" dari Abang. so, dia explain lah kenapa dia tak text semua. oh dah faham.. Haha, Btw his bufday on 23/10 yang lepas. semalam la cerita dia. so, Wish you happy always, semoga berjaya, dalam menempuh dugaan dan cabaran ya. N pasal awek tu abang wat lek wat peace dulu. satu pesanan untuk abg, kalau abg sayang dia, abg kene lepaskan dia dan biar dia pergi dan bahagia. eh macam cerita hz, tapi cerita hz tu lagi epik. hehe. Ok Goodluck result Zaireen Zainal a.k.a Aeril Zafrel ! haha



HA,  ini bukan dia. ini Aeril yang sebenar. HAHA

  
Ni lah Zaireen zainal . haha










Sunday 20 October 2013

Takkan Cinta

Atas dasar apa ku menunggumu,
walhalku mengerti kau bukan untukku,
Atas kesedaranku mengundurkan diri,
Bimbang yang lain kan terguris hati.

Telah banyak yang kita harungi,
Bersama menyatakan perasaan,
Tapi aku hanya membisu, dan terdiam, 
Karena kau punya si dia.

Takkan aku menunggu dirimu
Takkan ku biarkan hati ku merasuk
Dalam sang cinta yang menyayangimu,
Selain diriku,

Takkan aku terus menantimu, 
Takkan ku musnahkan hati pencintamu,
Kerna aku tahu dia kekasihmu,
Hingga ke akhinrya.

Lirik- Hz
Lagu-Takkan Cinta

TABAH

Assalamualaikum.

Malam ni mmg sangat sedih dan rasa bersalah. tapi Hz tau, itu semua adalah betul dan apa yang Hz buat itu adalah untuk kebaikan SR. Apapun yang terjadi hz tetap tabah menghadapi dugaan. Hati ni milik Allah, segala yang berlaku adalah kehendak Allah S.W.T. Jadi Hz tak akan pernah menyesal dan menyalahkan takdir, kerana segala yang ditentukan adalah yang terbaik untuk Hz. 

RELAKAN JIWA !!

Friday 18 October 2013

Hatiku menerima seadanya.

HATI.

bohonglah kalau seseorang manusia itu tidak mempunyai hati dan perasaan. walaupun ego dan keras hati macam mana pun someone tu mesti ada menyimpan hati terhadap seseorang. hanya orang tu mampu meluahkan atau memendam tanpa memberitahu orang yang dia menyimpan hati atau tak. sama juga dengan hz. sudah setahun lebih hz mengenali dia, orangnya cantik, dan hz suka lihat dia sebab mata dia, dan cara dia bercakap dengan hz. itu semua berjaya menambat hati dan perasaan ni. kami rapat, kami saling memahami antara satu sama  lain, kami juga satu kepala, dia juga banyak bercakap, kalau ada masalah kami sering kongsikan. tapi dia sudah mempunyai teman istimewa. Alhamdulillah, hz suka tengok mereka berdua. walaupn kadang-kadang emosi tu terlebih dan ada sedikit cemburu, tapi sebelum hz melakukan semua itu, hz perlu tanya pada diri. "KAU SIAPA NAK CEMBURU"  jadi hz terima segalanya dengan hati yang terbuka.  ya walaupun banyak yang kami lalui bersama. masa hz sakit dia datang rumah, hantar makanan, dia bagi present, dia tidak berkira dan selalu bg nasihat dan kata semangat tatkala diri ini mempunyai masalah. sama juga seperti apa yang hz selalu lakukan terhadap dia. cuma sekarang ni, hz cuma mengharapkan agar dia dapat membahagiakan teman istimewanya itu. Allah tidak memberi orang yang kita inginkan, Allah cuma memberi kita melihat orang yang kita sayang itu bahagia. :))

Assalamualaikum

Salam Oktober.

ASSALAMUALAIKUM

sudah lama hz tak ke ruangan ni. akhirnya dapat lagi update benda baru yang hz lakukan dan hadapi dalam kehidupan sehari-hari. agak lama menyepi tapi bukan sebab apa, biasalah hidup seorang pelajar seharusnya banyak perkara yang perlu diselesaikan dan sekarang adalah masa untuk hz berehat daripada belajar selama sebulan. It's Time For Semester Break ! Oh yeah !! 

sekarang hz tak keje, duduk rumah dan hanya membuat kerja rumah ( kalau nak buat) hehe. Cuti sem ni agak okay lah jugak. walaupun boring sangat. tapi dah biasa. hmmm, sekarang dah bulan oktober. hz habis paper last untuk final exam haritu pada 4 hb okt . dah hampir 2 minggu duduk terlentang tertiarap dekat rumah. hehe. :))

keputusan final exam or RESULT akan di keluarkan pada 1 hb November. APAKAH??? hahaha. usaha sudah apa semua sudah, harap2 sem ni lagi tinggi CGPA N GPA. :) amin.

Wednesday 26 June 2013

dugaan dan cabaran

assalamualaikum semua. first think first. nak update pasal sem baru. diam tak diam sudah masuk semester 4. sekejap je berlalu semuanya. terasa macam baru je menjejakkan kaki ke sini. hehe tp ini semua realiti. tiada perkara yang mustahil kalau niat kita betul. okay, pensyarah sem ni pun baik2 belaka. hehhe ini bukan perli tapi realiti. semua pensyarah sporting, memahami, dan macam2 lah. haha UiTM the best part and moment in my journey in this life..syukur alhamdulillah

keduanya, beralih pula kepada kisah ayah. ayah?? kenapa?? hmm, seumur hidup ayah tak pernah pun masuk wad hospital untuk penyakit yang kita juga tak pasti. diam tak diam dah 2 minggu ayah kat situ. asalnya demam saja. tapi rupanya ada "bende" juga menyinggah di badan ayah. walaubagaimanapun aku harus tabah dan cekal dalam menempuh dugaan. kalau aku tunjukkan kesedihan aku pada semua, tambahan kepada mak and adik2. diorang lagi sedih. so, aku sebagai anak lelaki sulung yang perlu mengadap semua perkara yang telah disusun oleh Dia. aku berharap ayah sembuh dari penyakit dan boleh balik rumah.

ketiganya. tentang sepresi. sepresi? sepresi seni mengekpresi diri. nampaknya atas apa yang berlaku, aku harus merehatkan diri aku buat sementara waktu daripada sepresi, sayang mmg sayang, tapi aku harus buat juga keputusan. kalau tak, aku lagi serabut, sebab meeting, event sepresi, nanti bila terlalu serabut + masalah yang aku hadapi, mesti aku tak terurus. aku harap mereka faham.

keempat, tentang event part 4 om. wow, sem ni kitorang taking subject event management, jadi kitorang wajib buat event semester ni. so, macam sem lepas meeting serpresi tiap2 malam sibuk dengan itu ini. tapi sem ni, aku mesti pentingkan event, meeting event pun kene kerap supaya kami yang nak buat event ni dapat berbincang tentang apa dan apa untuk event yang bakal kami anjurkan.. harap semua harapan dan semua impian kami kelas 4F akan berjaya. InshaAllah

kelima, housemate?? dulu roomate? hehe housemate. sekarang dah duduk kat luar (NR) jadi semuanya lain. tapi sebenarnya takdelah ketara sangat perubahan tu. bohong lah tak rindu duduk kolej dengan agip, wan, semua tu. dapat rasa life campus. tapi duduk luar pun okay apa. hehe dapat housemate yang agak sporting dan sekepala juga. sebab apa sekepala, sebab masing2 punya bakat menyanyi. bila buka pintu rumah tu. dengarlah suara "merdu" setiap satu dari mereka. hahaha. skema ayat ..

nampaknya itu sahaja yang hz boleh kongsikan. hehe next time kalau ada apa2 lagi cerita. hz akan luahkan dalam ini diari elektronik. salam dunia. peace yall. "D

Friday 10 May 2013

terasa diri dihargai bila orang meletakkan maruah dan harga diri kita di atas sekali. thanks a lot

Thursday 9 May 2013

Rezeki Dari Yang Esa :)

syukur alhamdulillah, biarpun belum mencecah 3 pointer tapi semangat juang perlu diteruskan. dan hz berjaya meningkatkan gpa dan cgpa every sem. terimakasih Allah, ibubapa, pensyarah, dan rakan2 :))


semester 3 alhamdulillah :D

.. 2013..

Wednesday 8 May 2013

Persamaan kah. hahaha ;)

 Hairul Azreen & Amirul Haffiz- HA-AH hahaha
          adakah persamaan antara kami ?

keluarga besar saya

disini saya ingin berkongsi sedikit. seperti y hz pernah cerita dulu di blog ni, hz syg sangat pada semua kawan-kawan dan semua yang hz dah anggap macam family kat kampus tu. hz pernah cerita keberadaan group 6 serangkai, group A.R.Y.  dan classmates, ahli kebudayaan kat kampus hz sendiri. itu semua adalah kawan dan adik beradik hz kat sana. ya lah kalau dah berjauhan dengan family walaupun takdelah jauh mana. hz dapat berdikari dan belajar erti susah payah bersama mereka di kampus tau. Alhamdulillah, hz ada yana, hadrie, din, abang rain, fify, an, scha, kamal oppa, kalam, dari zaman pra dip dulu. hehe lama kan kami berhubungan. sampai sekrang pun kalau nk g lepak makan sesama. lepas tu hz juga ada classmate yang sentiasa memberi support, tolong hz semasa susah, macam syahmel, rafy, nona, eira, ayang, zul, mazuan,shira samin, atie, joe, abe hadrie, wan, sasha, jemah, dan semua lah. hehe lepas tu family yang agak baru dengan hz adalah group kebudayaan, dr sencetra, sepresi dan semara. kalau sencetra yang hz paling rapat adalah hamzi, capik, sai, rasydan, wawan, asep, sasya,  semua lah. hehe kalau sepresi fura, ikin, fairuz, haa itu jelah. haha. thankyou semua yang selalu ada di setiap saat hidup ku. ececeh.

9 MEI

assalamualaikum, huh mungkin topik dan title hz pada hari ni agak lain. apa ada dengan 9 MEI?
banyak timbul tanda tanya kan? sebenarnya pada tarikh berkenaan semua pelajar yang menuntut di UiTM akan menadapat tahu keputusan akhir diploma. seperti biasa bila cakap mengenai result final semestinya jantung yang pada dasarnya normal menjadi abnormal. hehe. ya lah, mana taknya kalau semua orang gelisah gundah gulana sebab penantian kami selama ini akan terjawab kurang 24 jam. hz tak meletakkan harapan yang terlalu tinggi, sbb hz tahu kelebihan dan dimana letaknya kekurangan seseorang itu. hz cuma mengharapkan agar pointer dan cgpa hz meningkat. harap sangat doa dan segala usaha diri ni berbaloi. InsyaAllah :)

Saturday 27 April 2013

Berapa erk ! O___Q

selamat malam, ermm, hari ni dah 27 hb. result final exam keluar 10 hb 5 ni. aigoo. harap2 atas usaha, doa dan segala perngorbanan selama ini membuahkan hasil yang terbaik. amin :)
i got the new number. hehe
013608**** eh eh sama pula dengan 017608**** ngee :D

Lirik Baru ! :)

Kau Biarkan, Tinggalkanku

setiap detik aku menangis
tersedu aku sendiri di sini
malam menjelma aku terngiang
memikirkan dirimu sayang

setiap waktu ku terkenangkanmu
disaat ku jadi putera idamanmu
tetapi kini semuanya berlalu
berakhir sudah kisah kita

chorus (ulang 2x)
kau biarkan ku hidup tanpa arah tuju
tanpamu ku hanya menyepi selalu
kerna kau bukan lagi kekasihku
sebaliknya kau adalah bayangan dari mimpi

kau tinggalkanku hanya kerna ku tidak punya harta
materialistik itu adalah tujuannya
rupanya ku ini cuma bermimpi 
tuk sang putera memiliki hati
hati sang kekasih

daku bertekad tidak menantimu
kerna ku tahu ku bukan milikmu

Friday 26 April 2013

lagu Hafiz AF best!

rasa mendalam betul dalam setiap bait2 ayat dalam lirik lagu "Hanya ingin kau cinta" dengar lah mesti puas hati ! hehe :)

Tuesday 23 April 2013

rindu juga !

alhamdulillah, masih diberikan kesempatan untuk melakukan aktiviti di dunia ini. sebenarnya saya agak terharu dengan kawan2 yang masih mengingati saya. pagi-2 lagi di kejutkan dengan messages dari nurliyana binti alias, iaitu kawan BFF saya kat uitm. jam 8:44 a.m. dia send the simple word " rindu kat ameer". :') meer pun rindu pada yana dan semua yang kenal dengan saya ni. facebook, twitter semua saya tak update sebab macam ada something, bukan apa, saya nak kurangkan sedikit online2 ni. tu lebih baik, sebab kalau kita diam, kita senyap, orang tak boleh nak judge kita apa-apa dan orang tak boleh terasa dan tersentap dengan perbuatan kita itu lebih bagus kan. saya nak cuba sampai abis sem ni. dan saya mula terfikir untuk menukar nombor baru, hehe bukan sebab apa pun, cuma nak tukar angin lah. tapi tak pasti lagi,. tengok la nanti .:))

cuba mengindari daripada semua orang.

sekarang saya sedang mencuba untuk menghindari daripada semua orang, bukan maksud nak pergi jauh dr mereka, tp untuk cuti sem ni, saya lebih selesa untuk tidak kerap call mereka-mereka yang rapat dengan saya seperti dulu, kalau dulu, muka ini lah yang selalu mengambil berat, call kawan-kawan tanya khabar, tanya berbagai kisah hidup mereka sepanjang cuti semua, tp kali ini, saya lebih memilih untuk berdiam diri, haaa fon pun tak on sangat. and fb dan twitter pun dah tak berapa aktif sekarang. ya lah , asyik muka ni je yang dok post, yang dok updats "status" kan. ini sebanarnya satu perkembangan yang baik tauu. sebab notification orang takdelah penuh dengan MH .. hehe .serius saya tak de pendam rasa apapun pada sesiapa, tak terasa dengan sesapa pun, cumanya lebih senang berdiam diri macam ni. hehe 
bukan senang untuk kita memuaskan hati setiap insan yang kita kenali. ada yang suka, ada yang pura-pura suka dan ada yang memang betul2 membenci diri kita. sebagai manusia biasa memang selayaknya di hukum, di benci, di kutuk dan di hina.

The latest one and the last one

saya dah habis fikir dah, mungkin saya belum sampai masa untuk mencintai dan di cintai. mungkin Allah sudah aturkan yang terbaik untuk kehidupan setiap umatnya. dalam usia 20 ni memang sepatutnya dah mula ada someone yang mungkin boleh ambik berat, care, and loving-loving macam setia hujung nyawa. hehe. saya bukan putus harapan dan serik untuk bercinta, saya takkan pernah serik untuk terus mencari cinta, tetapi mungkin kekangan masa dan sukar untuk saya kenali siapakah hati yang ingin dan sanggup menjaga saya. hmmm, mengenai sejarah saya yang pernah saya luahkan pada diari ini,  "Dia" masih lagi berhubung dengan saya seperti dulu, tp tidak rapat macam dulu-dulu, kerna dia juga sudah belajar di pahang. selepas hampir 4 tahun hati saya sakit untuk menunggu dia seperti menunggu buah yang tak gugur-gugur. saya telah mengambil keputusan tidak lagi mengacau dan menyimpan perasaaan terhadap dia. tp saya ada 1 barang nak bagi pada dia. iaitu video kisah cinta yang tiada penghujungnya antara kami selama ini. sekarang ni saya dah boleh terima kenyataan dan terima segala-galanya. mungkin dia bukan untuk saya dan saya bukan sebagai ketua pemimpin dia. saya berjanji dengan diri saya, agar tidak lagi menyimpan perasaan terhadap dia. JANJI saya !!!

Setia Hujung Nyawa

sangat best bila dapat tengk Setia Hujung Nyawa drama secara marathon masa cuti ni, haiii romantiknya cerita tu. kalau 5 bintang, bg 4 setengah. sebab, tak puas selama 28 episod. hmmm, susah sebenarnya nak dapatkan cinta sejati yang betul2 setia macam "ersarlina" dan "zain" tu. n tak lupa kepada kekasih lama "L" iaitu "Iqram". cerita dia memang cenggini (Y) hahaha. ohsem gile deh, ada suka, lawak, geram, marah, nangis semua ada lengkap dalam satu acuan bila nengok cite tu. hmmm bila lah nak dapat perempuan yang macam "L" tu, memahami, romantik, setia kepada suami dia.  apapun minta yang terbaik saja okay ! :))

TEATER LEMBOO SEMI MUZIKAL KBM (UiTM)

alhamdulillah, semua kerja-kerja yang selama ni saya perlu siapkan akhirnya tergalas sudah.. semua event dan teater untuk sem ni da abis. walaupun teater lemboo ini di adakan semasa cuti semester, tp ini bukan menjadi satu penghalang buat kami ali keluarga kelab kebudayaan UiTM ingin meneruskan kerja dan terus meningkat naikkan nama kampus kami di luar sana. walaupun kerja-kerjanya agak berat tetapi ianya banyak mengajar saya bagaimana untuk menguruskan masa, untuk tepati masa, untuk melakukan kerja-kerja dan menggalas segala tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan utk saya selama 4 hari di KBM. alhamdulillah sambutannya agak..........
Meriah !!!! hehe syukur sangat sebab orang-2 di KBM dan student di sana semua memberikan sokongan dan tertarik dengan jalan cerita Lemboo kami. hehe. terimakasih kepada Bayangan Produksi, kelab sencetra, sepresi dan semua krew-2 yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. bagus deh ! -,- :)

Cuti yang agak bosan

alhamdulillah, sem 3 da tamat. sorry lambat update dan agak jarang sebenarnya. memandangkan line broadband dan kekangan masa yang menjadi penghalang saya tuk terus meluahkan perasaan dalam diari elektronik ni, jadi agak sunyi saya punya blog kesayangan. hehe apapun semua nya sudah tamat untuk semester 3. jumpa di semester hadapan.  :))

WISH ME GOODLUCK !

Tuesday 26 March 2013

tak suka, pelase cakap depan2.

tolong cakap depan-depan, jangan cakap belakang2. nanti binasa badan hang .  :)

NO LOVE NO SAD NO NO NO

takde lagi cinta yang berputik dalam hati ni, meskipun sering mendambakan cinta daripada sang dewi. tapi bila fikirkan balik, lebih baik lupakan kisah cinta daripada terus merana dan terluka. hanya memikirkan study dan bagaimana tuk memajukan langkah dalam kehidupan dan berjaya. itu sahaja matlamat sekarang. :)

FINAL EXAM like FINAL DESTINATION! Grr

alhamdulillah, masih di panjangkan umur. tak nak cerita panjang2. final exam dah sampai pada waktu nya. memang sudah menjadi lumrah student UiTM dah di penghujung sem mesti perkara yang paling digeruni adalah F.E. amboi short form kauu. haha. apapun saya nak cuba buat yang terbaik antara terbaik, semoga dapat keputusan final exam yang lebih cantik, lebih ohsem, lebih best, dan lebih di hargai orang. InsyaAllah ;)

Wednesday 27 February 2013

Sayang Orang Sekeliling :)

Citrawarna telah melabuhkan tirainya, segala kerja yang di amanahkan telah selamat kami lakukan.  semua orang di sekeliling hz adalah semua yang sentiasa memberi semangat pada hz. terutamanya ma and ayah, kawan2 kelas dan paling penting, semua Artis Budaya UiTM.kami hidup seumpama adik beradik, memberi pendapat bersama, menangis bersama, ketawa bersama, tpi ini bukan lagu black ya. hahaha. hz sayang sangat pada semua orang yang mengenali diri hz.  hidup hanya sekali, dan hz akan sentiasa cuba menghargai setiap seorang insan yang hz kenal. tak kesah lah dia tu putih, hitam, tinggi, pendek, perempuan, laki kerana ianya adalah manusia. dan manusia2 seperti itu semua yang telah banyak memberi hz semangat dan terus ingin berjuang demi mendapatkan kejayaan. terimakasih semua :) SAYANG KAMU SEMUA

Thursday 21 February 2013

Salam Jumaat :)

hye, assalamualaikum kepada semua pembaca. peajm celik pejam celik dah sampai hari jumaat. iaitu hari pertama untuk Citrawana III yang akan berlangsung pada malam ini. selepas kelas petang ni, hz and semua Sencetra, Sepresi, Semara dan Melodi akan ke Padang Kawad tuk set up segala benda untuk event kami. harap2 semuanya berjalan dengan lancar dan event kami dapat di terima semua Mahasiswa UiTM Melaka. harap2 dapat hilang rasa gemuruh, dan gugup ketika beraksi di padang kawad nanti sebab hz akan memulakan event tu dengan group kami iaitu Sepresi. kami akan melakukan gimik lakonan. jadi sesiapa yang mahu lihat kami Kelab KebudayaaN, silalah datang beramai2 ke Padang kawad selama 3 hari 22-24 hb 2 ini. sama2 kita "Memartabatkan Transformasi Anak Seni"

Tuesday 12 February 2013

Syahmel and Rafee

dua-2 berasal dari Johor. dua2 rakan sekelas and sangat rapat dgn hz dalam kelas, nak g mana pun sama bersama. kami seolah2 adik beradik dalam UiTM tu. Syahmel Nazreen? hehe seorang yang sopan orangnya. dia ni seorang yang berjiwa lembut, seorang lelaki yang baik dan boleh dikatakan bakal menjadi seorang pemimpin yang baik. aku harap, kita tetap akan berkawan sampai bila2.

kisah Rafee pula. dia seorang pelawak, penceria semua kawan2 dalam kelas setiap hari, cumanya mulut dia je lah, siapa yang tak tahan dengan mulut dia, bisa bernanah telinga dengar. hehe tapi aku tak kesah dah. dulu selalu juga terasa hati, tpi bila di fikirkan balik tak payah lah terasa dengan sesiapa pun. sbb aku hidup dengan mereka semua pun tak lama. kalau betul2 tinggal 2 sem lagi kat UiTM tu, lepas tu confirm2 lah semmuanya menangis berpisah. sekarang mungkin tak rasa lagi. tapi kita dapat kehilangan kawan2 terutama syahmel and rafee masa cuti raya cina ni. walaupun seminggu,.tp dah rindu dah dengan gelagat mereka. belum graduate. esok mesti rindu setengah mati dengan mereka. 

Apapun, hz doakan semoga korang bahagia, berjaya dalam setiap perkara yang korang tempuh, and ingat aku takkan pernah melupakan kamu berdua. aku sentiasa menyokong segala perkera yang korang lakukan. aku harap jugak, mungkin selama ni aku ada terkasar bahasa, terkutuk, terhina, aku sebagai manusia biasa nak memnita maaf, mungkin aku tak lama hidup kat bumi ni. jadi aku harap kita kosong-kosong ya syahmel Buncit and Rafee :D

Syahmel Nazreen Pencinta wanita :)

Rafee A.Jalil yang sentiasa buat orang tertawa :)
Assalamualaikum :)

Monday 11 February 2013

-,-

kalau diberi peluang tuk memilih tarikh untuk pergi buat selama2nya, dan bila?? hz akan memilih tuk pergi dahulu berbanding dengan rakan2. kalau boleh, hz tak nak bersedih dgn permegian mereka yang hz sayang. hz nak pergi dulu sbb tak nak mereka rasa kehilangan sesuatu. hz nak bila hz pergi menghadap Ilahi, semua kawan2 yang hz pernah kenal datang melawat menziarahi ke rumah. dan sukarela untuk mandikan, bacakan yaasiin dan tolong menggali liang lahad hz satu hari nanti.hz bercakap macam ni sebab hz rasa semakin cepat hari kita tempuh, semakin dekat dengan hari mati kita. cuma kita tak tahu bila kita pergi buat selamanya dan meninggalkan segala yang kita punya di dunia.

Keseorangan

hari ni dah masuk 4 hari student UiTM bercuti untuk memberi laluan kepada bangsa cina menyambut hari raya pula. duduk kat rumah memang lah syurganya dapat dirasakan.hehe tp, bila dah kat rumah mestilah rutin harian yang selalu dilakukan kat kampus tu di rindui, nak ke kelas, nak makan dengan kawan2 kelas, tambahan dengan Syahmel Nazreen dan Rafee. dalam kelas tu, hz rapat dengan kawan lelaki mereka berdua saje. yg lain bukan tak rapat, rapat juga, cumanya dengan syahmel and rafee ni lain sikit, boleh bergurau senda, boleh luahkan perasaan dan macam2 lagi. tapi, tak tahulah sekarang ni rasanya macam dah lain sikit. semakin hari semakin kurang bercakap dengan mereka. tapi kitorang still contact and dalam kelas pun selalu bercakap sesama sendiri. tapi tak mengapa, asalkan mereka tak melupakan hz sebagai kawan mereka, hz terima. btw. thanks ya syahmel and rafee sbb masih kekalkan tuk kawan dengan aku. dah masuk 2 sem da.aku harap kita akan berkawan sampai akhir hayat. AMIN

Thanks Ma AND Ayah :))

biarpun banyak rintangan dan dugaan yang perlu aku tempuhi. aku tetap gagah kan diri tuk menempuh semua yang diuji terhadap diriku ini. memang susah bila kita cuba memahamkan semua pihak tetapi mereka tidak faham akan semua perkara yang kita lakukan. contohnya, sekarang ni hz sedang bergiat aktif dalam Kelab Kebudayaan (Kelab Sepresi-teater dan lakonan) di kampus dan pada masa yang sama hz diberikan kepercayaan tuk menjadi Jurulatih tarian untuk event yang bakal berlangsung tidak lama lagi pada bulan 2 ini. hz memang minta berlakon dan menari. tetapi menari itu bukan tuk selamanya. itu haya mengajar budak2 kolej seramai 25 orang yang menyertai dalam tarian beramai2 citrawarna. hz okay, family semua support. cumanya biasalah kalau balik kat kampung. sedara mara akan mula bersuara dan tidak berkenan akan aktiviti2 yang hz cuba lakukan. kata mereka. "haaaaa? dah mula masuk menari2 pulok doh, bukannya elok sangat, enngok aje lah penari semua lembuk2 belakeee". jange mu lembuk doh leee(perli). rasa macam nak jawab balik je. mmg tak dinafikan majoriti yang masuk tarian akan mula lembut dan berubah perwatakannya. tetapi hz nak buktikan kepada semua yang cakap macam tu adalah salah.dan kami sendiri boleh buktikan yang kami masih gagah dan lelaki sejati. tak semua lelaki yang terjebak dalam tarian ni akan lembut, patah2. itu ikut hati dan pendapat dorang.kalau dorang masuk terus perlu berubah jadi macam tu, nak buat macam mana. mereka juga manusia. tetapi hz takkan lah nk ubah jadi perempuan pulak. hz bersyukur dapat ditawarkan jadi jurulatih. hanya jurulatih untuk dorang yang masuk. bukannya menari lemah gemalai pun.itupun lagu warna2. ke kiri ke kanan. takde naklemah gemalaikan tangan ni bagi patah ke apa ke. yyang penting hz tahu segala yang hz buat sekarang ni adalah ketentuan daripada Allah,. dan Dia sentiasa memberikan dan mengaturkan segala untuk hz dalam dunia ni yang terbaik. sbb Allah itu sentiasa mmberi peluang dan ruang kepada umatnya untuk terus berkarya. memang hz belajar dalam bidang office. tp tak aslah kalau cari "adding value" dalam diri ni. masih teringat dalam minda ketika En. Ade Iskandar salah seorang pegawai ArkibNegara. ketika beliau berucap,beliau sendiri menyatakan dan menyarankan bahawa, hidup dalam Universiti perlu aktif selain daripada bidang akademik. anda semua perlu mencari sesuatu yang boleh membuka mata orang luar. sekarang hz berasa Allah itu sangat adil dan telah menentukan segala yang terbaik untuk hz di bumi ini. ALHAMDULILLAH. hz juga bersyukur sbb dikurniakan ma and ayah yang sering support hz tuk belajar dalam bidang seni juga. :)

Friday 8 February 2013

KEMBARA BUDAYA UiTM MELAKA

Berjalan keluar Ke UiTM Penang


Iqin autograph untuk UiTM Pinang
Red Carpet :D
alhamdulillah disini terdapat beberapa keping gambar. keping ke? hahaha,. ini semua gambar2 yang sempat di ambil masa Kembara Budaya Jalinan Mesra di UiTM Sungai Petani Kedah, dan juga UiTM Pulau Pinang. tujuannya untuk mengeratkan lagi kami Kelab Kebudayaan UiTM Melaka dan kami sebagai Artis Budaya ingin menaikkan nama UiTM Melaka di negeri2 lain.  kami di bawah kelab SENCETRA(TARIAN), SEMARA(NYANYIAN) dan SEPRESI(LAKONAN).
Sebelum Show mula :)

Artis Budaya :D

bas
Persembahan daripada Penari UiTM Kedah

Persembahan daripada Sencetra UiTM Melaka

kedah :)

Thursday 7 February 2013

:D

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak, bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka, bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merasa rindu dan cemburu.

Hanya Diriku

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika aku bertemu seseorang yang sangat berarti bagiku, hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan aku harus membiarkannya pergi.

jatuh cinta lagi.

argh. tolong hindarilah rasa ini agar hz tak tersiksa dan merasa sesuatu perasaan yang aneh yang bakal membuatku gila bayang selalu. dia sudah punyai teman lelaki.dan aku harus melupakan diri dia. bukan untuk aku, tetapi hanya untuk dia dan teman lelaki dia. memang hz akui, dia seorang y baik, dan sentiasa "Care" akan hz. tapi macam mana dan bagaimana hz ingin menghindari diri ni daripada terus berjumpa dan bertemu dengan dia sedangkan dia juga seorang daripada ahlik Kelab Sepresi dan Artis Budaya UiTM Melaka seperti hz. bingung +serabut= Syntax Error. :(

MASA

bila difikir semula. semakin cepat masa berlalu, semakin hampir dengan hari mati kita.

CITRAWARNA III

tak lama lagi event besar UiTM akan diadakan dan ianya pasti memerlukan bantuan daripada semua pihak. kami memerlukan semua student Kolej di UiTM supaya mereka dapat mengisi segala aktiviti yang dianjurkan kami. yang paling penting, kami daripada Kelab Kebudayaan dan Kesenian UiTM Melaka(Artis Budaya UiTM) perlu bersatu dan bersama2 tolong sesama sendiri dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. berharap segalanya akan berjalan dengan lancar. event ini akan diadakan pada 22,23,24 hari bulan ini. pertandingan Hakka-Cheers, Tarian Lagu-2 asli dan juga explorace budaya akan dipertandingkan pada hari2 tersebut. Jangan lupa ke sana

Past is Past.

when I saw my face in the mirror, I can see that all my sadness and I have found that all my happiness are lost. maybe this is the best way for my life just now. I never regret about what was happened today between you and me. but past is past. just ensuring that would not repeat and happen yet. Thankful to Allah  because the Blessing.

Thursday 10 January 2013

Sepi tanpa dia, tapi aku masih punya Yang Maha Esa

alhamdulillah, hz masih lagi diberikan kesempatan untuk tahun 2013. tahun baru, azam mesti baru ke? bagi hz, tak salah kalau nk memperbaharui azam tuk meningkatkan segala perkara, yang kita hajati. tp bg hz pulak. rasanya azam 2012 ada jugak yang tak tercapai. jadi hz anjakkan azam tahun lepas ke tahun ini. :) and hz nak mencabar diri hz dalam pelbagai perkara. biarlah apa yang dikritik, di hina mahupun di cemuh, asalkan hz tahu segala yang di atur, segala yang di utuskan dan di petunjukkan, adalah berdasarkan ketentuan dan pemberian daripada Allah s.w.t. :) :)

Tuesday 8 January 2013

mencungkil bakat :)

alhamdulillah, benar kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia Allah yang merancangkan .:)
kalau nak perlihat dr segi title tuk tajuk ni mmg lah pelik. tapi tak mustahil.mmg daripada sekolah sebenarnya ada hati dan perasaan untuk masuk kelab lakonan dan tarian. tp apakan daya, di sekolah hz sangatlah pemalu perwatakannya dan hanya mampu menjadi pengawas sekolah saje. hehe.. bermula memasuki kelab lakonan(SEPRESI-SENI EKSPRESI DIRI UiTM) masa part 2(sem 2), seterusnya cuba tuk menaikkan nama fakulti Business Management hz memasuki tarian traditional dalam KKAF(KARNIVAL KEBUDAYAAN ANTARA FAKULTI) dan terbukti, kami adalah juara .:) sekarang ni baru je habis MALAM ANAK SENI EVENT dan hz memegang watak rafee dalam cerita Madu 3(Kesian~) hehe . dan sekarang ni tibalah masanya tuk event CITRAWARNA III (3) yang akan berlangsung pada 22,23,24haribulan 2 2013 di UiTM sendiri. dan saya telah diberi peluang untuk menjadi KREE CITRAWARNA III dan menggalas jawatan sebagai jurulatih yang telah di lantik daripada pihak kebudayaan UiTM .



 bawah ni ada surat yang menyatakan saya sebagai ......



da rotate pun jadi cenggini :p

Aku akui amat merindui dia .

Nur Fadila Wahid
aku pernah mencintai dia. aku pernah membuka hati dan jiwa hanya untuk dia. tp disebabkan sebab2 yang mungkin kami tak dapat bersama, aku pasrah dan aku lupakan dia tuk selamanya. aku kagum melihat dia sekarang, ingat lagi dia pernah menyatakan hasrat untuk melanjutkan pelajaran di mana ipta. tapi mungkin masa tu rezeki dia belum sampai. dan Allah masih menguji dia. tp sekarang, dengan berkat doa dan kesabaran dia, dia telah pun dapat melanjutkan pelajaran ke POLISAS pahang.  apa yang biasa aku ulaskan, aku tak mungkin menjadi pelengkap hidup dia, dan aku takkan pernah dapat menggapai bintang di langit kerna aku hanya persis daun2 kering y jatuh ke bumi. dari bawah aku hanya dapat melihat dia berkilauan dan bercahaya di langit. aku doakan semoga dia mendapat semua perkara yang di idamkan InsyaAllah

mereka yang sering menemani saya di sini =)