Thursday 29 November 2012

sakitnya bila lihat dia dengan orang lain.

saya tahu,saya tak cukup sempurna untuk awak . tp tolong fahami diri saya yang sanggup menunggu awak.  saya tak nak memaksa dan berharap agar awak terima saya. tapi tolong menghargai dengan segala yang saya telah lakukan untuk awak dahulu. saya cuba untuk menjadi seorang insan yang baik dan seorang y jujur di hadapan awak. saya tak mahu melihat mata awak yang berkaca sebab memikirkan keadaan saya sekarang, saya berharap walaupun saya bukan untuk awak, saya mahukan awak bahagia. dan saya berharap agar seorang lelaki yang baik dapat menjaga awak dengan tulus ikhlas, bukan disebabkan kecantikan awak sahaje. apapun thanks sebab memberi saya peluang dan ruang untuk meluahkan isi hati saya pada awak. assalamualaikum :)

28/11/2012 --Berjalan :)

assalamualaikum semua. semalam hz pergi keluar beli barang2 next sem, terlanjur tu hz pergi lah bayar sekali duit yuran naik semester .:) jadi mula2nya kami pergi print out kolej, print out penyata bil bayaran, kemudian pegi lah ke Bank Islam Masjid Tanah, barulah kami pergi ke Aeon Jusco tangkap gmbar semua, tetiba kawan hz call ckp dia keje part time kat kedai kasut Larrie .:) dia ni best friend sampai mati hz .dr sekolah rendah darjah 2.sekarang dia belajr MAKTAB Sultan Melewar . ni gambar dia 2 keping. hehe :)

Picture I
ini la baju kerja di kat Kedai Larrie Aeon Jusco .:)
 Picture II
bergaya manjang .:D
Okay seterusnya, selepas jumpa si mangkuk ni. hehe jangan marah dude. aku Jokkkking ajeee.hehe
kami terus ke Dataran Pahlawan. :)


Picture 3 :)
sampai aje terus cari toilet :)


Picture 4 :)
terserempak dengan member sekolah dia mintak bergambar
 Picture 5 :)
terjumpa dgn levelmate kasturi si hotstuff :) akmal minta bgmbar sesama

Picture 6 :)
tengah test kasut,curi ambik gmbr eaa
Picture 7 :)
mereka :3

Picture 8 :)
tengah duduk.dia panggil hafiz then look ..haha
Picture 9 :)
ape ni .hehe

Picture 10 :) last
tengok wayang citer ni.:)

















Monday 26 November 2012

Kelakar .. :D

hahaha. nampaknya ada orang dah mula bertanya kenapakah tak mengupdate status lagi kat facebook. Wooooo berani betul  bertanyakan itu yea hihi,hz bukan tanak update kat fb lagi. tp rasanya dah takde idea baru untuk di luahkan dalam fb. hehee kepada member2 yang tanya tu,maaf ye saya bukan slow dah dalaam fb tp kurang idea tuk mengupdate.hehe nti kene baca buku or baca dr mana2 side y boleh mendatangkan idea baru .:)

bersedih ... :(

assalamualaikum kepada semua. hai macam mana hari ini? sihat? nampaknya semuanya sihat belaka kan. 
malam ini hz nak luangkan masa dengan berkongsi kesedihan bersama anda semua. tiba-tiba hz rasa sedih dan sebak bila bila teringatkan kenangan yang hz rasa cukup bermakna. kenangan bersama rakan2. ianya satu kenangan yang takkan hz lupakan. masa zaman sekolah tak delah sampai macam ni sekali. sbb mungkin kat sekolah cuma kawan2 yang biasa dan kita ta rapat dengan mereka. tp sejak hz menjejaki kat kampus UiTM tu. bermacam2 rupa, dan perangai kawan2 hz. ade y happening, yang sporting, touching, dan bermacam2 lagi lah, erm itu semua kenangan yang takkan hz lupakan hingga akhir hayat hz. kalau boleh sewaktu hz pergi meninggalkan dunia ini buat selamanya, hz mahu semua kawan2 yang pernah kenal, rapat dgn hz selama ni ade disamping jenazah hz. nak kan mereka membacakan doa, yaasiin, dan mendoakan kesejahteraan hz kat sana. hz sedar, hidup ini hanya sementara, kita tak tahu bila kita akn pergi selamanya menghadap Illahi si Maha Pencipta kita di dunia. mmg agak sedih dan sebak sangat bila bercerita tentang ini. tapi nak tak nk kita kene jugak. sepanjang malam hz tidur and memikirkan tentang kematian, bilakah kematian itu menjemput hz ????? 10001 persoalan yang bekeliaran di akal fikiran ini, dengan segala dosa yang hz telah lakukan, dengan segala perkara yang tidak sempurna dan adakah hz akan aman di sana? sudahlah :) hz tak nak ambik jauh2, erm tapi macam mana pun akan berpisah jugak dengan mereka yang di UiTM tu, Group 6 Serangkai, Group A.R.Y, Group Tarian FPP, Group classmate, Lecturers, semua lah yang pernah menjadi sebahagian daripada hidup hz. hz ssayang sangat pada mereka. mereka ini dah menjadi keluarga hz dah .:) Din, Hadrie, Scha, Fify, A'an, Yana, Abang, Kamal, Kalam, Hussaini Zaharin, Hafiz Azahar, Falah, Hakim, Paan, Syahmel, Rafy, Ziera ,Eira, Farah, Muhaiyang, Marwani, Joe, Abang Hadrie, Izz, Asri, Amir, Agip, Alif, Akmal aiza, Fizie, Edleen, Nur, Ara semua tu yang rapat dalam kehidupan hz di UiTM .. sebab tu special sikit di sebut. tapi mereka yang hz tulis antara nama yang terawal itu lah yang sentiasa ada di samping hz.. ape pun gud luck kepada kau orang ..:) kau orang adalah insan yang sangat hz sayang dan sentiasa tak lekang daripada kepala ini . nanti bila hz dah habis part 5, mestilah berpisah, so kita tak boleh jumpa lagi. mungkin kita semua akan berkumpul bila hz dah kahwin. hehe(lawak kejap) :p
so, apepun thanks to you all that have given me happiness in this life.. Alhamdulillah ..:)
Bye... 

thanks yea kepada An yang mulanya memanggil nama Hafiz kepada Ameer, sehinggakan nama Ameer itu menjadi nama yang kekal kat situ..:D

Sunday 25 November 2012

mintak2 satu bilik an agip lagi .:)

Ouh .. harap2 lah still dapat lagi bilik dengan agip budak AC110 ..hehe dia ni suka bergurau, suka study, tak stress sangat bila dok satu bilik nan dia. nak bilik dengan dia eh . lagipun kat kasturi tu sape je yang hz kenal lagi. yang lain semua tak dapt kolej and duduk luar, boleh dikatakan majoriti budak part 3 dah duk luar, yang tinggal ade lah 8,9 orang .. erm din pun dah jadi komander, tentu kolej tuah dia dapat hadrie, jebat dengan abang, daus, zul, kamal ,kalam semua . entahlah mmg sekarang ni kene belajar hidup tanpa kawan2 sebab sekarang ni masa tuk berpisah. apepun harap sangat dapat jumpa yang lain lagi walaupun tak sama kolej. hz dah lah sampai part 5 aje . lepas ni dah abis dulu mesti kene berpisah awal dgn diorang, Group 6Serangkai, Group A.R.Y classmate, sepresian, semua budak2 BM, OM, DPA yang hz kenal. huh sedih lah pulak kan. tp tak mengapa, setiap yang bermula akan berakhir, setiap pertemuan ade perpisahan .

relakan hati balik dengan senyuman . :)

assalamualaikum kalian, nampaknya hari ni pun dah hari isnin . tinggal beberapa hari lagi sebelum hz masuk ke dalam UiTM MELAKA..  alhamdulillah dah 3 sem hz di situ menuntut ilmu pengetahuan demi mendapatkan ilmu tuk masa hadapan . jadi hari sabtu ni nampaknya nak kene berangkat balik, cumanya baju2 semua barang2 tak dikemaskan lagi. beg "AF" pun tak di turunkan lagi . HAHA 
hz mengarapkan semuanya akan berjalan lancar dan tiada ape masalah tuk next sem, walau bagaimanapun, semestinya ade suka duka ketika kita semua sdg cuba mendaki gunung tuk sampai di puncak kan. jadi kalau hz nk menuntut ilmu n berjaya dalam hidup pastinya ade pelagai 1001 masalah dan perkara yang perrlu diharungi dengan tabah dan yang pastinya dan wajibnya setiap pekara yang hz lakukan hz akan cuba melakukan dgn penuh keihklasan . InsyaAllah . kamu semua jangan lupa mendoakan kebaikan dan kesejahteraan hz yea. terima kasih ..:)

next week shopping ~ :DD

alhamdulillah, next week dapat jugak keluar beli barang2 tuk the next sem, bukan nak membazir ke ape? tapi hz selalu beli kalau ade kepentingan, hz nak beli ni pun tak banyak barang .. 3 sahaje barang y perlu di beli, baju, seluar dan kasut .. apepun bajet2 tu perlu lah.. hehe sebab hz tak pinjam pt .. kesian ma n ayah kan . so, sekarang ni kene bantu keluarga jugak. dan hz berjanji akan mengubah nasib keluarga daripada baik ke lebih baik ..:D

minggu akhir !

assalamualaikum kepada semua .
hmm, nampaknya minggu ni minggu yang terakhir hz duduk dirumah .sebab apa?
sebab apa ek ? hehe sebab hz dah nak study balik, cuti sem tak lama. cuma 1 bulan sahaje .. burpp ~ 
takpelah apepun dah puas dah kan cuti, so 2/12 ni dah boleh angkat barang2 .. hz nk kembali semula menjadi dan menjalani kehidupan sebagai mahasiswa .. so, next sem mesti lebih mencabar, setiap sem ,kita buka cerita baru, dan kita menjalani kehidupan yang berbeza dan mengalami sesuatu pengalaman yang berlainan. jadi, untuk semester yang ke-3 ni hz berharap sangat dapat menjadi seorang mahasiswa yang beridealisitik, bijak bertutur dengan tertib dan berlapik, berperangai seperti budak yang berpengetahuan, dan ingin menjadi lebih tekun serta rajin. AMIN.  so, hz sangat2 mengharapkan dan memerlukan doa daripada kalian semua .. InsyaAllah :)

spent time with my diari ..:D

assalamualaikum kepada semua pembaca yang sudi membaca blog ini .. haaa ? entry dia sahaja dah spent time with my diari ..:) so, dah tentu2 lah hari ni update pasal blog ni aje .. susah nk tukar background, gambar2 .. tapi hz tukar supaya pembaca dan diri hz sendiri tak bosan bila baca kan .. HAHA
apepun lagu tema tuk blog ni pun hz rasa perlu ditukar kerana lagu ni "menghantui" hidup hz sebenarnya .. apa?? kenapa dia berhantu ?? haha nak tahu ke ?? tak ape la ! biar hz aje simpan dalam diri sendiri k ..:)

Saturday 24 November 2012

Permohonan Kolej Berjaya !

Alhamdulillah. kegusaran, dan kerisauan semua di dalam hati dan juga akal fikiran ini telah terlerai dan terjawab sudah pabila hz dapat lagi duduk dalam kampus .. tak payah susah2 nak mencari rumah sewa. Alhamdulillah .) punya lama hz semak, tunggu semua akhirnya baru laaaa ni cek dapat. hehe. :)

Monday 19 November 2012

with my neighbour and my ex girlfriend ..:D

Noor Asmahanim binti Abu Samah

























berkenalan dengan dia seumur 13 tahun . sewaktu itu hz baru berpindah di rumah Taman Kuala Permai Kuala Sungai Baru, pada awalnya hz menetap di Taman Merdeka Jaya Batu Berendam (M 20 - 1 JALAN MJ 26, TAMAN MERDEKA JAYA BATU BERENDAM MELAKA )
tapi bila je berpindah di TKP boleh pulak berkenalan dgn orang yang asalnya dari Telok Kemang Negeri Sembilan .. haha mmg lah mase tu kelakar sangat,. nak cerita sedikit ni.. hz pernah bercinta dgn dia. tp masa tu ape y kitorang tahu, cinta tu macam ais cream je kot. haha
bersekolah dgn dia di SMK Rahmat pada tahun 2006-2010 ... dia ni budak cerdik .. kelas 1RK 2RK 3RK 4SC 5SC..  wooowww ~ hehehe
hz pernah bercinta dengan dia tapi tak lama hanya 6 bulan saje .. perkara paling sweet yang rasanya kitorang lalui, kitorang ni satu taman, pergi kedai sesama naik basikal, main badminton kat depan rumah (sampai sekarang), dan semua ahli keluarga dia pun dah tahu .. tp itu dulu, bila sekarang difikirkan semula, sangat lawak.. hehe . apepun thanks ye Aneem :)



huyoo UiTM Perak :)



BIila nak dapat ... :D

bila nak dapat .
bila nak dapat .
bila nak dapat .
bila nak dapat .
bila nak dapat .
bila nak dapat .
bila nak dapat .
bila nak dapat .

kolej kasturi di pohon , 
tetapi masih still dalam proses ,
bilakah saya akan mendapat tahu keputusan kolej ni ,
dah sakit kepala pikir kolej untuk sem depan ,
aduh sakitnya ,

heii~ mintak2 semua yang duduk kat kasturi tu still boleh dapat kolej ,
baru sem 3 kot takkan nak duduk kat luar, kos dah lah mahal ,
takkan nk berulang alik dari rumah ke kampus ,
jawapannya mmg tidak sama sekali, hurm
mohon sangat dapat kolej lagi, 
nanti senang g kelas ,
senang belajar ,
senang makan ,
hehe ..:D

Saturday 17 November 2012

Terserempak :)

malam ni cuma nak bercerita tentang terserempaknya saya dgn si dia .. dah lama tak jumpa akhirnya terserempak dekat pasar malam .. hmm , masa tu tak perasan tp shafis ni tunjuk kan hz dia lalu ..jadi pandang lah dy dari belakang.. then dia pun terpandang jugak. tp tak tegur pun..itulah kisahnya.. haha pendeknya lah si hz update malam ni ek. takpe2. asalkan update. ehehe :)

Friday 16 November 2012

terserempak dengan bekas teman wanita ..

alhamdulillah, hz tak tahu macam mana boleh terserempak dgn dia, hz pernah menjalinkan hubingan dgn dia semasa part 1 . dengan HajarMadeena .. mungkin majoriti yang pernah couple, bila dah putus tak nak bertegur, bergaduh, bertegang urat semua kan. tp hz dan  hajar lebih positif dan menganggap ini adalah satu proses mematangkan diri. ya lah, bila dah putus mesti lah kesal, sedih semua kan. tp tak kesah pun sekrang, hz lebih terbuka dan boleh berkawan dgn dia lagi. macam ni cerita dia, hz dan kawan a.k.a anak angkat kepada family kami. Shafis pergi ke Pengkalan Balak saja2 teman dia. hehe sekali sedang ashik menikmati keindahan pantai, mata hz tertumpu kepada kereta Saga FL yang berwarna putih bernombor plat MBC .. terus tengok ade seorang perempuan dan seorang lelaki serta budak kecil yang berusia dalam 10 tahun, ape lagi... dia pun menoleh bila hz memanggil namanya, ternyata dia adalah orang yang pernah menjadi seorang yang menjaga hati ni. tetapi ..........

hajar sekarang lebih gembira rasanya, kerana mempunyai kekasih hati yang baru. wah tahniah.
dan orang itu pun hz kenal, jadi baguslah. rasanya lelaki itu pun lebih pantas daln layak tuk menjaga hajar, alhamdulillah, di harapkan anda berdua akan menjadi sepasang kekasih seperti Adam dan Hawa .. amin .:)

berharap lebih matang :)

assalamualaikum dan selamat tengahari kepada semua pembaca ..:)
hari ni dah 17/11/2012 . sekejap je lagi nak ke semester 3 yang akan bermula pada 2/12/2012 . 
alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar buat masa ni, keputusan final exam pun hz dah tahu dan ianya lebih baik daripada semester 1 dahulu. ape yang hz harapkan sekarang, hz dapat mematangkan diri , dan berharap lebih matang dalam setiap perlakuan, perbuatan, perbicaraan . hz akan cuba berubah sedikit demi sedikit. dan ingin memajukan diri untuk mendapatkan kejayaan nanti. first, buat masa sekarang hz ingin lebih fokus dalam kelas, dan lebih rajin dalam setiap perkara yang perlu dilakukan.  yang keduanya, hz mahu lebih kreatif dalam setiap perkara, dan ingin involve dalam tarian, dan semuanya yang boleh membantu menambah markah KI. hehe, moga-moga dengan segala hajat, dan juga harapan hz ni akan membantu hz tuk kuat lagi dalam menempuh, dan melaksanakan tugas yang diamanahkan .. amin ya rabb :D

sambungan daripada Tarian Traditional KKAF :)

ini adalah sambungan. eh macam bersiri pulak kan . hehe
macam ni cerita dia. hz mmg minat, menari, berlakon dan menyanyi dari zaman sekolah.
tp bila kat sekolah malu gila n rasa macam tak payah la masuk  semua tu. nak2 menari, orang dulu pandang yang menari ni perempuan je .. yang lelaki semua tade. tp sejak dah masuk UiTM. hz beranikan diri tuk join semuanya. bermula daripada CITRWARNA lah.masa tu kolej TunPerak .. heeee menari lagu warna2 Dato' Siti tu. haha ..  then this sem pun barlah join itupun di paksa ye oleh kawan saya. haha Sai .. sbb dia ni ahli SENCETRA(SENI TARIDITIONAL ) haha.. tp hz just masuk SEPRESI( SENI EKPRESI DIRI) itu berlakon punya kelab. semua lah hz join tanpa merasa malu dan segan. haha.. tp bangga sekarang ni dapat experience dalam lakonan, tarian .. hehe dan bangga sangat buat show tuk Datuk Mizan Rektor UiTM cawangan Melaka .:)


abis je kelas petang terus ke bangunan TY. dan di make up..



hasilnya .. :))

sesi menyalin pakaian ..:)

baca dengan teliti ye semua. JOHAN. hehe alhamdulillah ..:)
Di Taming Sari show untuk Dato' Mizan sempena persaraan Beliau .;D
masing2 riang sbb show dah abis.. 4 Show tau.alhamdulillah D

Dato' Mizan yang kami cintai dan sayangi .:)

Muka baru cuci dgn air jewp haha

di manakah saya. haha. :D berebut puleek !


bukan main riang lagi melompat HZ.. haha


dengan sheryl ! hehe








Thursday 15 November 2012

Hz as a Dancer .. Oh noo !

assalamualaikum , 
selalu cerita pasal itu ini yang berlaku ... sehingga terfikir semula ..
hz pernah masuk competition tuk fakulti .. iaitu 
KKAF-KARNIVAL KEBUDAYAAN ANTARA FAKULTI.. serius tak pernah terfikir pun .. tapi orang ckp hz ade bakat jugak dalam tarian . so that why hz cuba walaupun pada dasarnya macam tunggul kayu yang menari . haha. kat bawah ni ade lah a few gambar2 hz menari .. bukan menari .. tp gmbar sebelum competition start with my group FPP Dancer .:)

with our FPP DANCER dengan pengajar/pelatih kami .. sai dan ika .:)

Hang Tuah menuntut bela . haha

Hang Tuah Bersama cik Sheryl letops .:)

with Falah ..:)

Selepas persembahan terasa meletup seketika  HAHA

sai , rayyan tak perasan lettew ..:)

sedang menempa nama di UiTM. :)


Wednesday 14 November 2012

RESULT SAYA ! Alhamdulillah . :)

assalamualaikum .
hari ni hz cuma nak kongsikan ape yang hz dapat mase 9.11.2012
haa kalau student UiTM seluruh Malaysia tentu tahu hari ni adalah hari yang membuatkan student demam, takut, menggigil dengan hari tu . hehe ya lah mana tak menggigil kalau result final exam keluar time tu. huhu
mmg kecut perut #KemahKeming rasanya. haha ape yang hz boleh ceritakan dan kongsikan kepada semua pembaca diari elektronik hz ni, result hz naik mendadak dengan pointer yang alhamdulillah boleh lagi di terima oleh UiTM. walaupun belum lagi gapai CGPA 3 tapi bagi hz ni pun dah ssangat bersyukur kehadrat Illahi. ya lah,
alhamdulillah ..:)

Thursday 8 November 2012

tak pernah terfikir !

assalamualaikum,
malam ni ta tau lah kenapa rajin sangat stalker semua blog follower hz, baik laki or perempuan . baik kenal or tak. huhu tapi ini yang membuatkan hz terharu, rupanya one of my friend(BFF) Nurul Aishah Binti BadrulHisham rupanya ade update dekat blog dia mengenai hz dan rakan-2 Group 6S(serangkai) woooo.
sangat tak percaya,  tetiba rindu pada awak cik Scha, cik Fify, cik A'an, Mr Din, Mr Hadrie daripada our group..  dah 3 sem kita kenal kan.  ameer(hz) tgok semua gmbar2 kita, kenangan yang kita semua lalui semasa pra diploma, semasa kita baru mula-2 kenal. sangat sweet semuanya, baik si perempuannya or si
"jantann" Zombie nya. hehe :') .. terus terang hz ckp hz tak pernah rasa kan kebahagiaan pabila hz dapat berkawan dgn diorang.. erm.. scha, fy, an, din dan hadrie.. kalau boleh setiap saat tau nk bersama kau orang. sangat happening bila berborak, jalan2 ngan kau orang. tp buat masa ni hz paham y sekrang ni semua sibuk..  tapi macam mana pun hz harap yang perkenalan kita ber6 orang sampai ke syurga .. InsyaAllah ..

kalau nak cerita sorang2 mmg geli hati melihat gelagat kau orang tahu ! hehe
malam ni saya Muhamad Amirul Haffiz nak describe diri setiap sorang dalam group 6 SERANGKAI ni.. :)

Muhammad Saifiuddin Samsir  :)

DIN kalu study bagi dia .)
seorang yang boleh dikatakan peramah, tapi kalau jumpa perempuan terkedu. haha
saat pertama kali mengenali diri din ni semasa pra diploma. hz dapat satu bilik di LEKIU. mase tu nak tegur dia pun segan-2. jadi dia yang tegur dulu. haha. tapi mmg best n happening. boleh di kira kawan yang sentiasa membantu hz kalau hz susah. dia selalu belikan hz makanan, minuman, walaupun hz ta suruh belikan makan, dia nk jugak,. dia tetap dengan pendirian dia.. huhu. tapi kalau dia ni dah jumpa hz bila dia rasa dia nk menganjing, dia akan menganjing sepuas-puas hatinya.. DIN-DIN :)

From Student Pra Diploma (kelas C)
Now Student of Business Management :)




Nurul Aishah BadrulHisham

SCHA kalau bercakap bagi dia ..:)

ini pula seoarng wanita yang cantik di dalam group kami, antara yang hotsetap lah kan. HAHA. seingat hz, hz mengenali scha sewaktu di libry UiTM. mase tu tgh gape kelas, jadi mase tu ingat nk ajak din keluar makan. rupanya din ade kat libry dgn si scha ni. so, saat tu lah scha di kenal kan pada hz yang pada mulanya hz sendiri pun tak tahu dia ni kawan din. hehe. dia ni suka menasihati orang. macam hz jugak. dia ni suka gelak terbahak2. tp comel :) wewittt !

From Student Pra Diploma (Kelas C)
Now Student of Business Management :)

Hadrie Shah Jaafar

 HADRIE bab menganjing bagi dia :P
ini pula kisah seorang teruna yang tak tahu nak cakap ape? haha. dia ni suka menganjing orang 24 jam. kalau hidup dgn dia mmg tak sah kalau tak gelak. haha.. dia ni jugak roomate hz dulu same dgn Din. jadi kami takde masalah tuk bersama2. tp pada awalnya nk dijadikan cerita, si mangkuk hayun ni bukannya nak tegur2 orang. masuk daftar dalam bilik kat LEKIU tu pun tengah malam. lepas tu dia pada mulanya tak rapat pun dengan kitorang tapi segalanya berubah sebab kami sering bawak dia sekali join group kitorang. tu yang dah melekat bersama ni. tp kami bukan IKLAN DIGI BUDDIES. haha..:D

From Student Pra Diploma (Kelas D)
Now Student of Business Management :)







Che Nurul Fharihan Rasdi

A'AN kalau bab belasah orang bagi dia :D
Ini pula kisah seorang muslimat bernama a'an. dia ni jenis yang tegas, tapi tak padan jugak selalu nak menganjing kitorang dalam group ni. mase first hz kenal dia mase tu Din, Scha, Hadrie ajak makan kat JEBAT dewan. mase tu takut gila nk makan situ sebab budak part 1 tak boleh makan kat situ. tp kami ni buat humble selamba bodo pegi makan kat situ ber6 hehe.. mase tu hz duduk di meja yang berlainan sebab meja yang 1 tu kecik telah di "konker" oleh din, scha dan fy. hehe. so mase tu a'n yang bertanyakan dulu siapakah gerangan hz ni.. setart daripada tu kami berkawan. n kalau kau orang nak tahu daripada wanita inilah mulanya nama AMEER itu di berikan. sebab mase tu hz suruh dia panggil hz HAFFIZ(nama kad pengenalan) tp dy ckp dia benci dgn nama hafiz sbb kawan dia pun ade nama tu jugak. n ex dia pun sebenarnya ade iras-iras muka hz. ttu yang kami rapat. dia ni pula roomates nye Scha.. nampak tak kat situ Allah yang Maha Adil tu dah aturkan yang terbaik tuk kami 6 orang.:) alhamdulillah

From Student Pra Diploma( kelas J)
Now Student of Tourism Management :)


Nor Hafeezah Husin

FIFY ni kalau bab berlakon nombor 1 . bagi lah dia
dan ini pula adalah seorang wanita yang dah sememangnyalayak ke UiTM tanpa melalui proses Pra dip seperti kami berlima (Din, Hadrie, Scha, Hz, A'an) .. seorang yang sopan. dan kuat jugak buat lawak. buat orang semua care dan syg pade fy. seorang yang sentiasa menjadi lebih matang. jika kami ade problem dia jugak turut membantu . kenal fify ni daripada scha, din, a'an. di JEBAT mase makan. mase tu susah sikit nak bercakap dgn fy, sbb fy ni bukan seorang yang senang di pujuk rayu, fy ni seorang y menjaga pergaulannya. Alhamdulillah dia sekarang sudah betul2 berubah. dulu dia jugak seprti permpuan y mgkin belum terbuka tuk memakai tudung. tapi sekrang, lebih cantik dan ayu. harap2 fy dapat kekalkan ia k. haa? paling hz tak caya mase tu, hz mintak dia no fon, tp dia tak bagi pun sbb mase tu dia ta nak bg no fon dia pade sesiapa pun lelaki. waaahh.. ni betul2 lain daripada y lain. hehe tp sekarang ni dah dapt dah.  :D

Now Student of Tourism Management :)





HADRIE ..DIN... HAFFIZ
SCHA..A'AN...FIFY
walaupun kabur tetap menjadi kenangan. HAHA



Bersama :D







DAN SESUATU PERKARA YANG ANDA TIDAK KETAHUI ..
KAMI : daripada berlainan negeri, berlainan latar belakang keluarga, berlainan darjat, berlainan sifat tetapi KAMI : ber 6 dahulu sewaktu sekolah adalah PENGAWAS SEKOLAH (di sekolah masing-masing) dan KAMI : ber 6 jugak telah mendapat TOKOH yang di kurniakan daripada pihak sekolah masing-masing..

macam tak percaya je .;)










Esok Result Final Exam !

Assalamualaikum , malam ni hz cuma nak ceritakan mengenai akademik pula. iaitu result final exam esok akan keluar. sebenarnya malam ni dah boleh check by email, tapi hz cuma check guna student portal aje sebab takut nak semak malam-malam ni. semestinya satu perasaan gemuruh, takut, happy semua ade. senang cerita bercampur baur perasaan ni, tapi tu lah hanya Allah saje yang tahu. adehh  cam no ni haaa(N9 slank) den harap den dapat keputusan yang buleh buat orang tuo den happy .. amin InsyaAllah .:)

Wednesday 7 November 2012

Pancit dah ! HAHA

Assalamualaikum..
pagi-pagi khamis ni hz nak cerita sikit.. tiba-tiba rajin berjogging lepas solat subuh . HAHA
selalunya ayah or adik ajak lepas subuh berjogging sesama jual mahal dan yang pastinya tidur semula .. tapi hari ini  hz menggigihkan diri bersenam . setengah round aje dah pancit ..mana taknya dah berbulan-bulan tak bersenam. kalau kat kampus tue gi kelas jalan kaki tu ade lah tapi itu saje tidak memadai. jadi hz saje je nak lapangkan masa pagi td. hehe. APTB ..:D

A.R.Y

selepas Group 6 serangkai yang hz ade dari pra diploma .alhamdulillah satu lagi group hz yang hz syg. group tu adalah group A.R.Y. group ini di tubuhkan di atas nama kami dan kami yang selalu bersama 
A.R.Y. jugak di ambil sempena nama kami .. A(Amer) R(Rain) dan Y(Yana)..:)
YOKATA !

Picture I :D
Lyana Alias dan Zaireen Zainal : <3

Picture II :)
kekanak rebina ~ HOHO

Picture III :O

SENGAL ! :p

Picture IV :p
abang ~ (-,-)
Picture V : HAHA

FUN FAIR !
 Picture VI : (Y)
A.R.Y :>_<





My Biodata ..:)

MY BIODATA

NAMA- MUHAMAD AMIRUL HAFFIZ BIN ABDUL ROHIM

UMUR- 19 TAHUN

ASAL- MELAKA

MAKANAN KEGEMARAN- MASAKAN IBU, PIZZA HUT DAN KFC

MINUMAN KEGEMARAN- NESCAFEE, CARROT SUSU

HOBI- MENYANYI (KARAOKE JIKA KELAPANGAN WAKTU)

WARNA KEGEMARAN- MERAH HITAM, PUTIH

APA YANG DIGEMARI- SUKA BERKAWAN, SUKA GELAK, SUKA MENYANYI, SUKA KEPADA KEBERSIHAN, SUKA MELAYAN, SUKA MOTIVASI ORANG, SUKA MELUAHKAN RASA HATI DAN PALING PENTING SUKA MAKAN DAN SUKA BERJALAN SERTA BERSHOPPING BAJU Y LATEST. HAHA

APA YANG TIDAK DIGEMARI- TIDAK SUKA ORANG YANG MENJAJA CERITA, TIDAK SUKA ORANG YANG BERPURA BAIK, TIDAK SUKA ORANG YANG SENYAP SANGAT, TIDAK SUKA CARA ORANG YANG MENDESAK, TIDAK SUKA DI KONGKONG MELAINKAN AYAH DAN IBU SAYA Y SURUH,

AZAM DAN CITA-CITA- BERAZAM TUK MEMBANTU SENANGKAN KELUARGA SUATU HARI NANTI, MENJADI SEORANG Y DI SENANGI, DI SAYANGI, MENJADI SEORANG YAN G BERILMU WALAUPUN SEDIKIT DAPT DIKONGSI.





Lagu Ciptaanku--Tidak Mungkin dan Lara Hatiku

Tajuk Lagu- Tidak Mungkin
Ciptaan- Muhamad Amirul Haffiz

Kadangkala aku terluka
Kadangkala aku gembira
Tertawa keranamu
Menangis berduka keranamu

Tak pernah aku berselingkuh
Kerna ku fikir cintaku hanya untukmu
Tetapi aku salah
Tetapi aku buta kerna itu

Chorus
Aku tidak mungkin 
Membuka cintaku 
Untuk dirimu lagi sayang
Kau telah merobek hatiku yang tulus itu

Aku tidak mungkin
Memberi cintaku
Untuk dirimu lagi sayang
Kau telah menghancurkan hatiku yang tulus itu

Ulang chorus 2 kali

Tidakkah kau pernah 
menyesali itu apa yang telah kau lakukan dulu
padaku, wo hoooo..
cintaku ...


Tajuk Lagu- Lara Hati ini
Ciptaan- Muhamad Amirul Haffiz

Aku terluka kerana kamu
Pujaan hatiku yang tidak pernah
Memikirkan daku yang mencitaimu
Sepenuh hati ... Hooooo

Aku yang lara terpaksa tersiksa
Kerana kamu si pujaan hati
Yang tidak pernah menyangiku
Setulus kasih ..

Mengapa kau tidak merasakan
Cinta yang aku berikan
Mungkinkah kau mempunyai cinta
Selain diriku ini 

Chorus
Sayang aku terpaksa 
Menahan rasa sakit di hati ini
Oh sayang aku tidak mengerti 
Apakah cintaku tidak sejati

Kasih aku tersiksa
Menahan rasa pedih di hati ini
Oh kasih aku tidak mengerti
Lara hati ini terpaksa ku ubati

Aku terluka kerana kamu
Pujaan hatiku yang tidak pernah
Memikirkan daku yang mencitaimu
Sepenuh hati ... Hooooo


Hilangnya Cintaku dan wujudnya warkah untukmu ..:'(

semakin lama aku cuba jauh daripada hidup kau , semakin sayang aku kepada kau. mungkin benar ni adalah cinta sejati dan ini adalah cinta yang pertama dalam hidup aku. tapi aku tak mampu tuk terus berpura-2 di depan kau pabila aku melihat ramai lelaki yang menanti cinta daripada kau. 

apa yang aku boleh cakap, cinta y disemai selama bertahun-tahun akan goyah juga jika kau tidak mempunyai perasaan terhadap aku. Ya. mungkin aku terlalu mengharap cinta daripada kau sehinggakan ati dan sanubari ini terluka pedih kerana kau. 

apa yang aku gapai sekarang ni hanyalah bayang y tidak mungkin menjadi realiti di dalam kehidupan aku. hilangnya cintaku ni tak bermakna aku gagal tuk menemui cinta yang lebih baik selain hatinya. tetapi, buat masa ni aku benar-2 tidak boleh memberi dan membuka hati aku selagi kunci cinta di dalam hati ini tidak di buka oleh sesiapa wanita yang benar-2 ikhlas dan sayang akan cinta aku. perginya dirimu amat merobek hati dan jantungku. 

sehingga aku merasakan aku bukan lagi sesiapa di bumi ini. tapi, hidup perlu diteruskan kerana lebih banyak lagi dugaan dan cabaran aku di dunia ini yang perlu aku harungi. aku tak pernah menyesal daripada terus mencintai kau. tapi aku akan cuba untuk melupakan kau sedikit demi sedikit. 

sekarang ini yang aku tahu, aku perlu menjauhkan diri aku daripada terus mengganggu hidup kau. biarlah kau bahagia di samping orang y kau sayang. aku berharap dan berdoa kepada Yang Esa semoga kau mendapat keberkatan, mendapat kebahagiaan dan segala yang kau impikan di atas dunia ini.

Harapan aku, semoga kau mendapatkan cinta yang lebih sejati, ikhlas yang lebih daripada apa yang telah ku berikan dahulu. masa tidak akan berpatah kembali, segala yang aku lalui hanya menjadi satu memori, memori yang abadi yang kekal di dalam lubuk hati. sekian ..

HANG OUT ! :zzzzzzzzzzzzz


assalamualaikum ..
rasanya hz sejak akhir2 ni asik cerita pasal kesedihan y melanda aje kan. macam boring pulak sub topik tiap2 hari update mengenai itu. jadi hz amik kesempatan untuk cerita pulak mengenai kisah kawan-2 dan saudara mara hz ketika cuti sem ni .. bila sebut aje pasal cuti mesti hz akn bosan duduk terperap kat rumah kan . tp cuti sem ni lain sikit. sebab dapat jugak jumpa kawan-2 hz tuk keluar Melaka Town .. haha.
best lah jugak kita dapat main bowling.. kita dapat mengeluarkan peluh di tengah2 kota metropolitan. CEWAH ayat nak bergramatis.. haha. ape2 pun best n happening sebab saya dapt beli ice watch ! haha
haaa~ tak lupa say thanks a lot pade my bestie a.k. abang angkat n anak angkat keluarga kami .. Shafis yang berhabis duit tuk Bowling , kitorang g makan KFC. kitorang cari seluar MACKDADDY si shafis K-pop .. kitorang g pusing2 cari Parking y mmg full ! haha. tp gempak best sangat. thanks jugak kepada si Aten, teha dan juga Linda bachik y sudi mengekori kami .. haha. sebab dorang pun boring kan . apepe2 pun mmg ohsem tangkap gambar nan korang . kat bawah ni hz ade lah ambik beberapa gambar hot ! haha. jom kita tgok2 cuci mata okay ~ :D


Picture 1 :)
kami :D
Picture 2 :O
With capis .. ~
Picture 3 :p
aksi lincah shafis sehinggakan bola bowling berpusing ke belakang..  :p

Picture 3 :Grr
Gol !!
Picture 5 >_<
teha dan aten ~
Picture 6 ^_^
with Linda ~
Picture 7 : B O_O
Haffiz, teha, linda dan aten di Mahkota Parade ~


Picture 8 : (o-O)
sempat lagi kat dp toilett. haha :D


mereka yang sering menemani saya di sini =)