Saturday 27 April 2013

Berapa erk ! O___Q

selamat malam, ermm, hari ni dah 27 hb. result final exam keluar 10 hb 5 ni. aigoo. harap2 atas usaha, doa dan segala perngorbanan selama ini membuahkan hasil yang terbaik. amin :)
i got the new number. hehe
013608**** eh eh sama pula dengan 017608**** ngee :D

Lirik Baru ! :)

Kau Biarkan, Tinggalkanku

setiap detik aku menangis
tersedu aku sendiri di sini
malam menjelma aku terngiang
memikirkan dirimu sayang

setiap waktu ku terkenangkanmu
disaat ku jadi putera idamanmu
tetapi kini semuanya berlalu
berakhir sudah kisah kita

chorus (ulang 2x)
kau biarkan ku hidup tanpa arah tuju
tanpamu ku hanya menyepi selalu
kerna kau bukan lagi kekasihku
sebaliknya kau adalah bayangan dari mimpi

kau tinggalkanku hanya kerna ku tidak punya harta
materialistik itu adalah tujuannya
rupanya ku ini cuma bermimpi 
tuk sang putera memiliki hati
hati sang kekasih

daku bertekad tidak menantimu
kerna ku tahu ku bukan milikmu

Friday 26 April 2013

lagu Hafiz AF best!

rasa mendalam betul dalam setiap bait2 ayat dalam lirik lagu "Hanya ingin kau cinta" dengar lah mesti puas hati ! hehe :)

Tuesday 23 April 2013

rindu juga !

alhamdulillah, masih diberikan kesempatan untuk melakukan aktiviti di dunia ini. sebenarnya saya agak terharu dengan kawan2 yang masih mengingati saya. pagi-2 lagi di kejutkan dengan messages dari nurliyana binti alias, iaitu kawan BFF saya kat uitm. jam 8:44 a.m. dia send the simple word " rindu kat ameer". :') meer pun rindu pada yana dan semua yang kenal dengan saya ni. facebook, twitter semua saya tak update sebab macam ada something, bukan apa, saya nak kurangkan sedikit online2 ni. tu lebih baik, sebab kalau kita diam, kita senyap, orang tak boleh nak judge kita apa-apa dan orang tak boleh terasa dan tersentap dengan perbuatan kita itu lebih bagus kan. saya nak cuba sampai abis sem ni. dan saya mula terfikir untuk menukar nombor baru, hehe bukan sebab apa pun, cuma nak tukar angin lah. tapi tak pasti lagi,. tengok la nanti .:))

cuba mengindari daripada semua orang.

sekarang saya sedang mencuba untuk menghindari daripada semua orang, bukan maksud nak pergi jauh dr mereka, tp untuk cuti sem ni, saya lebih selesa untuk tidak kerap call mereka-mereka yang rapat dengan saya seperti dulu, kalau dulu, muka ini lah yang selalu mengambil berat, call kawan-kawan tanya khabar, tanya berbagai kisah hidup mereka sepanjang cuti semua, tp kali ini, saya lebih memilih untuk berdiam diri, haaa fon pun tak on sangat. and fb dan twitter pun dah tak berapa aktif sekarang. ya lah , asyik muka ni je yang dok post, yang dok updats "status" kan. ini sebanarnya satu perkembangan yang baik tauu. sebab notification orang takdelah penuh dengan MH .. hehe .serius saya tak de pendam rasa apapun pada sesiapa, tak terasa dengan sesapa pun, cumanya lebih senang berdiam diri macam ni. hehe 
bukan senang untuk kita memuaskan hati setiap insan yang kita kenali. ada yang suka, ada yang pura-pura suka dan ada yang memang betul2 membenci diri kita. sebagai manusia biasa memang selayaknya di hukum, di benci, di kutuk dan di hina.

The latest one and the last one

saya dah habis fikir dah, mungkin saya belum sampai masa untuk mencintai dan di cintai. mungkin Allah sudah aturkan yang terbaik untuk kehidupan setiap umatnya. dalam usia 20 ni memang sepatutnya dah mula ada someone yang mungkin boleh ambik berat, care, and loving-loving macam setia hujung nyawa. hehe. saya bukan putus harapan dan serik untuk bercinta, saya takkan pernah serik untuk terus mencari cinta, tetapi mungkin kekangan masa dan sukar untuk saya kenali siapakah hati yang ingin dan sanggup menjaga saya. hmmm, mengenai sejarah saya yang pernah saya luahkan pada diari ini,  "Dia" masih lagi berhubung dengan saya seperti dulu, tp tidak rapat macam dulu-dulu, kerna dia juga sudah belajar di pahang. selepas hampir 4 tahun hati saya sakit untuk menunggu dia seperti menunggu buah yang tak gugur-gugur. saya telah mengambil keputusan tidak lagi mengacau dan menyimpan perasaaan terhadap dia. tp saya ada 1 barang nak bagi pada dia. iaitu video kisah cinta yang tiada penghujungnya antara kami selama ini. sekarang ni saya dah boleh terima kenyataan dan terima segala-galanya. mungkin dia bukan untuk saya dan saya bukan sebagai ketua pemimpin dia. saya berjanji dengan diri saya, agar tidak lagi menyimpan perasaan terhadap dia. JANJI saya !!!

Setia Hujung Nyawa

sangat best bila dapat tengk Setia Hujung Nyawa drama secara marathon masa cuti ni, haiii romantiknya cerita tu. kalau 5 bintang, bg 4 setengah. sebab, tak puas selama 28 episod. hmmm, susah sebenarnya nak dapatkan cinta sejati yang betul2 setia macam "ersarlina" dan "zain" tu. n tak lupa kepada kekasih lama "L" iaitu "Iqram". cerita dia memang cenggini (Y) hahaha. ohsem gile deh, ada suka, lawak, geram, marah, nangis semua ada lengkap dalam satu acuan bila nengok cite tu. hmmm bila lah nak dapat perempuan yang macam "L" tu, memahami, romantik, setia kepada suami dia.  apapun minta yang terbaik saja okay ! :))

TEATER LEMBOO SEMI MUZIKAL KBM (UiTM)

alhamdulillah, semua kerja-kerja yang selama ni saya perlu siapkan akhirnya tergalas sudah.. semua event dan teater untuk sem ni da abis. walaupun teater lemboo ini di adakan semasa cuti semester, tp ini bukan menjadi satu penghalang buat kami ali keluarga kelab kebudayaan UiTM ingin meneruskan kerja dan terus meningkat naikkan nama kampus kami di luar sana. walaupun kerja-kerjanya agak berat tetapi ianya banyak mengajar saya bagaimana untuk menguruskan masa, untuk tepati masa, untuk melakukan kerja-kerja dan menggalas segala tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan utk saya selama 4 hari di KBM. alhamdulillah sambutannya agak..........
Meriah !!!! hehe syukur sangat sebab orang-2 di KBM dan student di sana semua memberikan sokongan dan tertarik dengan jalan cerita Lemboo kami. hehe. terimakasih kepada Bayangan Produksi, kelab sencetra, sepresi dan semua krew-2 yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. bagus deh ! -,- :)

Cuti yang agak bosan

alhamdulillah, sem 3 da tamat. sorry lambat update dan agak jarang sebenarnya. memandangkan line broadband dan kekangan masa yang menjadi penghalang saya tuk terus meluahkan perasaan dalam diari elektronik ni, jadi agak sunyi saya punya blog kesayangan. hehe apapun semua nya sudah tamat untuk semester 3. jumpa di semester hadapan.  :))

WISH ME GOODLUCK !

mereka yang sering menemani saya di sini =)