Wednesday, 7 November 2012

Hilangnya Cintaku dan wujudnya warkah untukmu ..:'(

semakin lama aku cuba jauh daripada hidup kau , semakin sayang aku kepada kau. mungkin benar ni adalah cinta sejati dan ini adalah cinta yang pertama dalam hidup aku. tapi aku tak mampu tuk terus berpura-2 di depan kau pabila aku melihat ramai lelaki yang menanti cinta daripada kau. 

apa yang aku boleh cakap, cinta y disemai selama bertahun-tahun akan goyah juga jika kau tidak mempunyai perasaan terhadap aku. Ya. mungkin aku terlalu mengharap cinta daripada kau sehinggakan ati dan sanubari ini terluka pedih kerana kau. 

apa yang aku gapai sekarang ni hanyalah bayang y tidak mungkin menjadi realiti di dalam kehidupan aku. hilangnya cintaku ni tak bermakna aku gagal tuk menemui cinta yang lebih baik selain hatinya. tetapi, buat masa ni aku benar-2 tidak boleh memberi dan membuka hati aku selagi kunci cinta di dalam hati ini tidak di buka oleh sesiapa wanita yang benar-2 ikhlas dan sayang akan cinta aku. perginya dirimu amat merobek hati dan jantungku. 

sehingga aku merasakan aku bukan lagi sesiapa di bumi ini. tapi, hidup perlu diteruskan kerana lebih banyak lagi dugaan dan cabaran aku di dunia ini yang perlu aku harungi. aku tak pernah menyesal daripada terus mencintai kau. tapi aku akan cuba untuk melupakan kau sedikit demi sedikit. 

sekarang ini yang aku tahu, aku perlu menjauhkan diri aku daripada terus mengganggu hidup kau. biarlah kau bahagia di samping orang y kau sayang. aku berharap dan berdoa kepada Yang Esa semoga kau mendapat keberkatan, mendapat kebahagiaan dan segala yang kau impikan di atas dunia ini.

Harapan aku, semoga kau mendapatkan cinta yang lebih sejati, ikhlas yang lebih daripada apa yang telah ku berikan dahulu. masa tidak akan berpatah kembali, segala yang aku lalui hanya menjadi satu memori, memori yang abadi yang kekal di dalam lubuk hati. sekian ..

No comments:

Post a Comment

mereka yang sering menemani saya di sini =)