Monday, 11 February 2013

Thanks Ma AND Ayah :))

biarpun banyak rintangan dan dugaan yang perlu aku tempuhi. aku tetap gagah kan diri tuk menempuh semua yang diuji terhadap diriku ini. memang susah bila kita cuba memahamkan semua pihak tetapi mereka tidak faham akan semua perkara yang kita lakukan. contohnya, sekarang ni hz sedang bergiat aktif dalam Kelab Kebudayaan (Kelab Sepresi-teater dan lakonan) di kampus dan pada masa yang sama hz diberikan kepercayaan tuk menjadi Jurulatih tarian untuk event yang bakal berlangsung tidak lama lagi pada bulan 2 ini. hz memang minta berlakon dan menari. tetapi menari itu bukan tuk selamanya. itu haya mengajar budak2 kolej seramai 25 orang yang menyertai dalam tarian beramai2 citrawarna. hz okay, family semua support. cumanya biasalah kalau balik kat kampung. sedara mara akan mula bersuara dan tidak berkenan akan aktiviti2 yang hz cuba lakukan. kata mereka. "haaaaa? dah mula masuk menari2 pulok doh, bukannya elok sangat, enngok aje lah penari semua lembuk2 belakeee". jange mu lembuk doh leee(perli). rasa macam nak jawab balik je. mmg tak dinafikan majoriti yang masuk tarian akan mula lembut dan berubah perwatakannya. tetapi hz nak buktikan kepada semua yang cakap macam tu adalah salah.dan kami sendiri boleh buktikan yang kami masih gagah dan lelaki sejati. tak semua lelaki yang terjebak dalam tarian ni akan lembut, patah2. itu ikut hati dan pendapat dorang.kalau dorang masuk terus perlu berubah jadi macam tu, nak buat macam mana. mereka juga manusia. tetapi hz takkan lah nk ubah jadi perempuan pulak. hz bersyukur dapat ditawarkan jadi jurulatih. hanya jurulatih untuk dorang yang masuk. bukannya menari lemah gemalai pun.itupun lagu warna2. ke kiri ke kanan. takde naklemah gemalaikan tangan ni bagi patah ke apa ke. yyang penting hz tahu segala yang hz buat sekarang ni adalah ketentuan daripada Allah,. dan Dia sentiasa memberikan dan mengaturkan segala untuk hz dalam dunia ni yang terbaik. sbb Allah itu sentiasa mmberi peluang dan ruang kepada umatnya untuk terus berkarya. memang hz belajar dalam bidang office. tp tak aslah kalau cari "adding value" dalam diri ni. masih teringat dalam minda ketika En. Ade Iskandar salah seorang pegawai ArkibNegara. ketika beliau berucap,beliau sendiri menyatakan dan menyarankan bahawa, hidup dalam Universiti perlu aktif selain daripada bidang akademik. anda semua perlu mencari sesuatu yang boleh membuka mata orang luar. sekarang hz berasa Allah itu sangat adil dan telah menentukan segala yang terbaik untuk hz di bumi ini. ALHAMDULILLAH. hz juga bersyukur sbb dikurniakan ma and ayah yang sering support hz tuk belajar dalam bidang seni juga. :)

2 comments:

  1. haha..wah lepas ni boleh la ajar aq menari..huhu

    ReplyDelete
  2. hahaha, aku ni kayu, kaku lah sengal. hahaha, aku sesaja je cungkil bakat ;)

    ReplyDelete

mereka yang sering menemani saya di sini =)