Tuesday, 29 October 2013

Rahsia Allah.

Assalamualaikum. Sebenarnya harini hz cuma nak berborak pasal GF. itu kata orang barat. hehe,
Sebenarnya hz betul2 dah tak kisah dengan "GF" sebab apa? sebab itu semua hanya sia-sia kalau kita sendiri dah melakukan pelbagai cara untuk mnejaga hati dia tapi dia seperti tiada hati. Jadi kalau lepas ni kawan2 ataupun sedara mara y bertanyakan tentang GF ni semua. hz takkan malu nak cakap tak ada. Biarlah orang nak cakap apa. tapi bohonglah kalau kita sendiri tak cemburu bila nampak kawan2 kita yang lain tengah sweet mweet tweet-tweet dengan awek dia kan. Biarkan saja dan kita sebagai kawan mendoakan kebahagiaan mereka jewp. :)

Bagi hz memang buat masa sekarang tak ada Girlfriend, tak ada awek yang bertakhta di hati ni. tapi Bakal Isteri saya kan dah ada. Cuma saya tak tau je dia dekat mana sekarang. sebab apa saya cakap gf tak ada tapi bakal isteri saya dah lama ada. sebabnya Jodoh itu kan Rahsia dan hak Allah. Kita mencari macam mana sekalipun kalau DIA tak bagi pun tak boleh juga kan. Jadi kita buat biasa2 saje lah. Bakal Isteri hz dah lama tunggu, cumanya kita saje tak tau. Kita masih tertanya-tanya tapi sebenarnya Allah tu dah bagi cukup complete dan bagi details dah segala maklumat, nama, siapa, orang mana yang akan menjaga saya hingga akhir hayat. betul tak :)
Hehe.  

Monday, 28 October 2013

Today !

Assalamualaikum :)
kalau tengok Title macam ada something. sebenarnya tak ada apa pun. cumanya hz tak tau harini sangat tenang hati dan alhamdulillah rasa macam semua baik sekali. Nak tulis pasal result pon tak boleh juga hari hari dok update result lama2 bosan lah yang baca betul tak ? hehe, jadi hz cuma terfikir yang sebenarnya hz patut berubah. maksudnya menjadi seorang yang lebih matang. paling penting menjadi seorang anak dan pelajar yang lebih baik dan berwawasan. sejujurnya hz rasa macam nak berubah daripada diri sekarang ni kepada seorang yang senyap. Iya, senyap. nampak macam lebih menarik bukan. hz berharap apa yang hz cakap ni menjadi kenyataan. Iya lah kalau senyap hati orang tak kan terguris, dan kita pun takkan mengeluarkan bahasa2 yang tak sepatutnya keluar kan. hehe 
SELAMAT MALAM

Sunday, 27 October 2013

Me.

Sebenarnya susah untuk menjadi diri sendiri, apatah lagi untuk kita menjadi orang lain. dan bangga lah seseorang itu apabila menjadi diri sendiri walaupun banyak dugaan, cabaran hidup yang perlu di tempuh serta jatuh bangun sebagai seorang anak, seorang pelajar dan sebagai umat Muhammad. So, as a conclude It's Hard To Be Me. :)

PENENANG DIRI.

Di saat aku di jatuhkan dan sering dipersalahkan hanya untuk melihat semua insan yang aku sayangi bahagia. Aku minta kepada Maha Pencipta yang selesaikan masalah. maka tak lagi bergelumang dengan masalah2 yang tak sepatutnya di hadap. Banyak solat yang kita boleh lakukan tapi solat hajat adalah antara yang hz amalkan sejak dahulu. Alhamdulillah. Semoga Dia mendengar keluhan umatnya yang kerdil lagi hina ini. Amin :)

Sandiwara Dunia

Yang buruk seringkali manusia nampak. walaupun yang buruk itu mungkin belum tahu kesahihannya lagi .
tapi Yang baik di kata hipokrit dan hanyalah lakonan semata-mata. 
Dunia tetap dunia. sudah beratus tahun Bumi ni berputar dan hukum manusia adalah sama sehingga ke hari ini dan ianya akan terus berlanjutan selama-lamanya walaupun Bumi ini di mamah usia. Percayalah
-MUHAMAD AMIRUL HAFFIZ-
28.10.2013
12.55. A.M.

Decide !

Hz syukur sebab dapat melupakan dia. dan alhamdulillaah hubungan kami tak terlalu jauh. as a conclusion, Imma 20 Age, so no need to think bout some person that never appreciated with what Im done for her. and yah, It's getting better and comfortable when I got to forget her forever. just wish her May Allah blessed and give the blast to her and her life partner. :')

:(

Harini dah 27.10.2013. Dan 5 Hari lagi adalah tarikh untuk aku melihat kebijaksanaan aku selama satu sem mengharungi pelbagai dugaan, cabaran dan jatuh bangun aku dalam membawa nama seorang pelajar dan seorang anak . hmmmmmmmmmmmmmmmmm

Thursday, 24 October 2013

TRIPLE H

Assalamualaikum. 
Hz sebenarnya cukup cukup beruntung sebab ada ramai di sekeliling yang sering buat hz bahagia, pada saat ini hz dah tak fikir dan tak kisah sama ada sekarang ni nak berhubungan dengan mana2 wanita untuk menjadi pelengkap hidup. Sebaliknya hz sangat bersyukur sebab semua di sekeliling hz adalah yang terbaik yang dikurniakan daripada Maha Pencipta. Terima kasih Triple H Hamzi Hanafi Hamzah sebab hamzi selalu ambil berat pasal fizz, selalu ingatkan fizz tentang pelajaran, dan mengajar fizz lebih matang dalam kehidupan. diam tak diam dah setahun lebih jugak fizz kenal hamzi. Hz anggap hamzi sebagai seorang abang yang selalu care pasal adik-adik dia, selalu manja, selalu suka, gelak terbahak bahak Ha Ha Ha. and hamzi yang mengajar fizz makan Boost 7E. hahaha. lawaks sangat ! Terimakasih sebab selalu bagi nasihat yang boleh hz gunakan dan percayalah, bukan hamzi sahaja, malah semua orang yang kenal hz sangat hz sayang hingga hujung nyawa.  Semua !!! hehe nak sebut satu2 hehe boleh lah, kalau budak kelas, semua lah tapi paling rapat Mazuan, Syahmel, Rafy, Eira, Nona, Abe Hadri, Ayang, Zul, Wan Eya, Joe, Pa'a. MY Lovely Roomate Agip Kalau Kebudayaan, Ikin, Fairuz, Sai, Idan, Fura, Azlan, My twin Fara, Syasya, Wawan, Hasifffff ....., Capik, and yang paling paling dan paling tak mungkin berpaling Hamzi. Kalau Group 6S, of course Hadrie, Din, Fyfy, an, Scha, Yana and yang baru kenal tapi cukup as a friend Eyda and Amira :)!!! :D Thankyou so much. Thankyou UiTM and Thanks to Allah yang 1 that given me UiTM to know all each person at there place. Salam sayang dari Shanghai. haha
^-^ Hamzi Jom Karokss ! haha

RESULT 1/11 INI ! :O

Macam mana lah nanti. result lagi 8 hari saja. aduhai harap-harap segalanya tak ada apa-apa yang mengecewakan hati dan perasaan hz serta ayah n ma n semua orang yang selalu bagi support. harap sangat semester ini dapat naikkan lagi cgpa. Amin

MY SIBLING ~

Assalamualaikum. fuh, line tengah laju best lah nak update Diari saya. haha
Hz cuma nak kongsi cerita. Yup, macam yang sedia maklum dulu hz ada group A.R.Y.  so salah seorang daripada group tu Rain ataupun hz panggil dia sebagai abang. jadi memudahkan cerita, dah 2 bulan abang tak contact, tak message, tak chat semua lah. Tiba-tiba hz terkejut sebab masa tu tengah lepak dgn adik-adik tengok tv, tengok "Incoming Call" dari Abang. so, dia explain lah kenapa dia tak text semua. oh dah faham.. Haha, Btw his bufday on 23/10 yang lepas. semalam la cerita dia. so, Wish you happy always, semoga berjaya, dalam menempuh dugaan dan cabaran ya. N pasal awek tu abang wat lek wat peace dulu. satu pesanan untuk abg, kalau abg sayang dia, abg kene lepaskan dia dan biar dia pergi dan bahagia. eh macam cerita hz, tapi cerita hz tu lagi epik. hehe. Ok Goodluck result Zaireen Zainal a.k.a Aeril Zafrel ! haha



HA,  ini bukan dia. ini Aeril yang sebenar. HAHA

  
Ni lah Zaireen zainal . haha










Sunday, 20 October 2013

Takkan Cinta

Atas dasar apa ku menunggumu,
walhalku mengerti kau bukan untukku,
Atas kesedaranku mengundurkan diri,
Bimbang yang lain kan terguris hati.

Telah banyak yang kita harungi,
Bersama menyatakan perasaan,
Tapi aku hanya membisu, dan terdiam, 
Karena kau punya si dia.

Takkan aku menunggu dirimu
Takkan ku biarkan hati ku merasuk
Dalam sang cinta yang menyayangimu,
Selain diriku,

Takkan aku terus menantimu, 
Takkan ku musnahkan hati pencintamu,
Kerna aku tahu dia kekasihmu,
Hingga ke akhinrya.

Lirik- Hz
Lagu-Takkan Cinta

TABAH

Assalamualaikum.

Malam ni mmg sangat sedih dan rasa bersalah. tapi Hz tau, itu semua adalah betul dan apa yang Hz buat itu adalah untuk kebaikan SR. Apapun yang terjadi hz tetap tabah menghadapi dugaan. Hati ni milik Allah, segala yang berlaku adalah kehendak Allah S.W.T. Jadi Hz tak akan pernah menyesal dan menyalahkan takdir, kerana segala yang ditentukan adalah yang terbaik untuk Hz. 

RELAKAN JIWA !!

Friday, 18 October 2013

Hatiku menerima seadanya.

HATI.

bohonglah kalau seseorang manusia itu tidak mempunyai hati dan perasaan. walaupun ego dan keras hati macam mana pun someone tu mesti ada menyimpan hati terhadap seseorang. hanya orang tu mampu meluahkan atau memendam tanpa memberitahu orang yang dia menyimpan hati atau tak. sama juga dengan hz. sudah setahun lebih hz mengenali dia, orangnya cantik, dan hz suka lihat dia sebab mata dia, dan cara dia bercakap dengan hz. itu semua berjaya menambat hati dan perasaan ni. kami rapat, kami saling memahami antara satu sama  lain, kami juga satu kepala, dia juga banyak bercakap, kalau ada masalah kami sering kongsikan. tapi dia sudah mempunyai teman istimewa. Alhamdulillah, hz suka tengok mereka berdua. walaupn kadang-kadang emosi tu terlebih dan ada sedikit cemburu, tapi sebelum hz melakukan semua itu, hz perlu tanya pada diri. "KAU SIAPA NAK CEMBURU"  jadi hz terima segalanya dengan hati yang terbuka.  ya walaupun banyak yang kami lalui bersama. masa hz sakit dia datang rumah, hantar makanan, dia bagi present, dia tidak berkira dan selalu bg nasihat dan kata semangat tatkala diri ini mempunyai masalah. sama juga seperti apa yang hz selalu lakukan terhadap dia. cuma sekarang ni, hz cuma mengharapkan agar dia dapat membahagiakan teman istimewanya itu. Allah tidak memberi orang yang kita inginkan, Allah cuma memberi kita melihat orang yang kita sayang itu bahagia. :))

Assalamualaikum

Salam Oktober.

ASSALAMUALAIKUM

sudah lama hz tak ke ruangan ni. akhirnya dapat lagi update benda baru yang hz lakukan dan hadapi dalam kehidupan sehari-hari. agak lama menyepi tapi bukan sebab apa, biasalah hidup seorang pelajar seharusnya banyak perkara yang perlu diselesaikan dan sekarang adalah masa untuk hz berehat daripada belajar selama sebulan. It's Time For Semester Break ! Oh yeah !! 

sekarang hz tak keje, duduk rumah dan hanya membuat kerja rumah ( kalau nak buat) hehe. Cuti sem ni agak okay lah jugak. walaupun boring sangat. tapi dah biasa. hmmm, sekarang dah bulan oktober. hz habis paper last untuk final exam haritu pada 4 hb okt . dah hampir 2 minggu duduk terlentang tertiarap dekat rumah. hehe. :))

keputusan final exam or RESULT akan di keluarkan pada 1 hb November. APAKAH??? hahaha. usaha sudah apa semua sudah, harap2 sem ni lagi tinggi CGPA N GPA. :) amin.

mereka yang sering menemani saya di sini =)