Wednesday, 27 February 2013

Sayang Orang Sekeliling :)

Citrawarna telah melabuhkan tirainya, segala kerja yang di amanahkan telah selamat kami lakukan.  semua orang di sekeliling hz adalah semua yang sentiasa memberi semangat pada hz. terutamanya ma and ayah, kawan2 kelas dan paling penting, semua Artis Budaya UiTM.kami hidup seumpama adik beradik, memberi pendapat bersama, menangis bersama, ketawa bersama, tpi ini bukan lagu black ya. hahaha. hz sayang sangat pada semua orang yang mengenali diri hz.  hidup hanya sekali, dan hz akan sentiasa cuba menghargai setiap seorang insan yang hz kenal. tak kesah lah dia tu putih, hitam, tinggi, pendek, perempuan, laki kerana ianya adalah manusia. dan manusia2 seperti itu semua yang telah banyak memberi hz semangat dan terus ingin berjuang demi mendapatkan kejayaan. terimakasih semua :) SAYANG KAMU SEMUA

Thursday, 21 February 2013

Salam Jumaat :)

hye, assalamualaikum kepada semua pembaca. peajm celik pejam celik dah sampai hari jumaat. iaitu hari pertama untuk Citrawana III yang akan berlangsung pada malam ini. selepas kelas petang ni, hz and semua Sencetra, Sepresi, Semara dan Melodi akan ke Padang Kawad tuk set up segala benda untuk event kami. harap2 semuanya berjalan dengan lancar dan event kami dapat di terima semua Mahasiswa UiTM Melaka. harap2 dapat hilang rasa gemuruh, dan gugup ketika beraksi di padang kawad nanti sebab hz akan memulakan event tu dengan group kami iaitu Sepresi. kami akan melakukan gimik lakonan. jadi sesiapa yang mahu lihat kami Kelab KebudayaaN, silalah datang beramai2 ke Padang kawad selama 3 hari 22-24 hb 2 ini. sama2 kita "Memartabatkan Transformasi Anak Seni"

Tuesday, 12 February 2013

Syahmel and Rafee

dua-2 berasal dari Johor. dua2 rakan sekelas and sangat rapat dgn hz dalam kelas, nak g mana pun sama bersama. kami seolah2 adik beradik dalam UiTM tu. Syahmel Nazreen? hehe seorang yang sopan orangnya. dia ni seorang yang berjiwa lembut, seorang lelaki yang baik dan boleh dikatakan bakal menjadi seorang pemimpin yang baik. aku harap, kita tetap akan berkawan sampai bila2.

kisah Rafee pula. dia seorang pelawak, penceria semua kawan2 dalam kelas setiap hari, cumanya mulut dia je lah, siapa yang tak tahan dengan mulut dia, bisa bernanah telinga dengar. hehe tapi aku tak kesah dah. dulu selalu juga terasa hati, tpi bila di fikirkan balik tak payah lah terasa dengan sesiapa pun. sbb aku hidup dengan mereka semua pun tak lama. kalau betul2 tinggal 2 sem lagi kat UiTM tu, lepas tu confirm2 lah semmuanya menangis berpisah. sekarang mungkin tak rasa lagi. tapi kita dapat kehilangan kawan2 terutama syahmel and rafee masa cuti raya cina ni. walaupun seminggu,.tp dah rindu dah dengan gelagat mereka. belum graduate. esok mesti rindu setengah mati dengan mereka. 

Apapun, hz doakan semoga korang bahagia, berjaya dalam setiap perkara yang korang tempuh, and ingat aku takkan pernah melupakan kamu berdua. aku sentiasa menyokong segala perkera yang korang lakukan. aku harap jugak, mungkin selama ni aku ada terkasar bahasa, terkutuk, terhina, aku sebagai manusia biasa nak memnita maaf, mungkin aku tak lama hidup kat bumi ni. jadi aku harap kita kosong-kosong ya syahmel Buncit and Rafee :D

Syahmel Nazreen Pencinta wanita :)

Rafee A.Jalil yang sentiasa buat orang tertawa :)
Assalamualaikum :)

Monday, 11 February 2013

-,-

kalau diberi peluang tuk memilih tarikh untuk pergi buat selama2nya, dan bila?? hz akan memilih tuk pergi dahulu berbanding dengan rakan2. kalau boleh, hz tak nak bersedih dgn permegian mereka yang hz sayang. hz nak pergi dulu sbb tak nak mereka rasa kehilangan sesuatu. hz nak bila hz pergi menghadap Ilahi, semua kawan2 yang hz pernah kenal datang melawat menziarahi ke rumah. dan sukarela untuk mandikan, bacakan yaasiin dan tolong menggali liang lahad hz satu hari nanti.hz bercakap macam ni sebab hz rasa semakin cepat hari kita tempuh, semakin dekat dengan hari mati kita. cuma kita tak tahu bila kita pergi buat selamanya dan meninggalkan segala yang kita punya di dunia.

Keseorangan

hari ni dah masuk 4 hari student UiTM bercuti untuk memberi laluan kepada bangsa cina menyambut hari raya pula. duduk kat rumah memang lah syurganya dapat dirasakan.hehe tp, bila dah kat rumah mestilah rutin harian yang selalu dilakukan kat kampus tu di rindui, nak ke kelas, nak makan dengan kawan2 kelas, tambahan dengan Syahmel Nazreen dan Rafee. dalam kelas tu, hz rapat dengan kawan lelaki mereka berdua saje. yg lain bukan tak rapat, rapat juga, cumanya dengan syahmel and rafee ni lain sikit, boleh bergurau senda, boleh luahkan perasaan dan macam2 lagi. tapi, tak tahulah sekarang ni rasanya macam dah lain sikit. semakin hari semakin kurang bercakap dengan mereka. tapi kitorang still contact and dalam kelas pun selalu bercakap sesama sendiri. tapi tak mengapa, asalkan mereka tak melupakan hz sebagai kawan mereka, hz terima. btw. thanks ya syahmel and rafee sbb masih kekalkan tuk kawan dengan aku. dah masuk 2 sem da.aku harap kita akan berkawan sampai akhir hayat. AMIN

Thanks Ma AND Ayah :))

biarpun banyak rintangan dan dugaan yang perlu aku tempuhi. aku tetap gagah kan diri tuk menempuh semua yang diuji terhadap diriku ini. memang susah bila kita cuba memahamkan semua pihak tetapi mereka tidak faham akan semua perkara yang kita lakukan. contohnya, sekarang ni hz sedang bergiat aktif dalam Kelab Kebudayaan (Kelab Sepresi-teater dan lakonan) di kampus dan pada masa yang sama hz diberikan kepercayaan tuk menjadi Jurulatih tarian untuk event yang bakal berlangsung tidak lama lagi pada bulan 2 ini. hz memang minta berlakon dan menari. tetapi menari itu bukan tuk selamanya. itu haya mengajar budak2 kolej seramai 25 orang yang menyertai dalam tarian beramai2 citrawarna. hz okay, family semua support. cumanya biasalah kalau balik kat kampung. sedara mara akan mula bersuara dan tidak berkenan akan aktiviti2 yang hz cuba lakukan. kata mereka. "haaaaa? dah mula masuk menari2 pulok doh, bukannya elok sangat, enngok aje lah penari semua lembuk2 belakeee". jange mu lembuk doh leee(perli). rasa macam nak jawab balik je. mmg tak dinafikan majoriti yang masuk tarian akan mula lembut dan berubah perwatakannya. tetapi hz nak buktikan kepada semua yang cakap macam tu adalah salah.dan kami sendiri boleh buktikan yang kami masih gagah dan lelaki sejati. tak semua lelaki yang terjebak dalam tarian ni akan lembut, patah2. itu ikut hati dan pendapat dorang.kalau dorang masuk terus perlu berubah jadi macam tu, nak buat macam mana. mereka juga manusia. tetapi hz takkan lah nk ubah jadi perempuan pulak. hz bersyukur dapat ditawarkan jadi jurulatih. hanya jurulatih untuk dorang yang masuk. bukannya menari lemah gemalai pun.itupun lagu warna2. ke kiri ke kanan. takde naklemah gemalaikan tangan ni bagi patah ke apa ke. yyang penting hz tahu segala yang hz buat sekarang ni adalah ketentuan daripada Allah,. dan Dia sentiasa memberikan dan mengaturkan segala untuk hz dalam dunia ni yang terbaik. sbb Allah itu sentiasa mmberi peluang dan ruang kepada umatnya untuk terus berkarya. memang hz belajar dalam bidang office. tp tak aslah kalau cari "adding value" dalam diri ni. masih teringat dalam minda ketika En. Ade Iskandar salah seorang pegawai ArkibNegara. ketika beliau berucap,beliau sendiri menyatakan dan menyarankan bahawa, hidup dalam Universiti perlu aktif selain daripada bidang akademik. anda semua perlu mencari sesuatu yang boleh membuka mata orang luar. sekarang hz berasa Allah itu sangat adil dan telah menentukan segala yang terbaik untuk hz di bumi ini. ALHAMDULILLAH. hz juga bersyukur sbb dikurniakan ma and ayah yang sering support hz tuk belajar dalam bidang seni juga. :)

Friday, 8 February 2013

KEMBARA BUDAYA UiTM MELAKA

Berjalan keluar Ke UiTM Penang


Iqin autograph untuk UiTM Pinang
Red Carpet :D
alhamdulillah disini terdapat beberapa keping gambar. keping ke? hahaha,. ini semua gambar2 yang sempat di ambil masa Kembara Budaya Jalinan Mesra di UiTM Sungai Petani Kedah, dan juga UiTM Pulau Pinang. tujuannya untuk mengeratkan lagi kami Kelab Kebudayaan UiTM Melaka dan kami sebagai Artis Budaya ingin menaikkan nama UiTM Melaka di negeri2 lain.  kami di bawah kelab SENCETRA(TARIAN), SEMARA(NYANYIAN) dan SEPRESI(LAKONAN).
Sebelum Show mula :)

Artis Budaya :D

bas
Persembahan daripada Penari UiTM Kedah

Persembahan daripada Sencetra UiTM Melaka

kedah :)

Thursday, 7 February 2013

:D

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak, bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka, bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merasa rindu dan cemburu.

Hanya Diriku

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika aku bertemu seseorang yang sangat berarti bagiku, hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan aku harus membiarkannya pergi.

jatuh cinta lagi.

argh. tolong hindarilah rasa ini agar hz tak tersiksa dan merasa sesuatu perasaan yang aneh yang bakal membuatku gila bayang selalu. dia sudah punyai teman lelaki.dan aku harus melupakan diri dia. bukan untuk aku, tetapi hanya untuk dia dan teman lelaki dia. memang hz akui, dia seorang y baik, dan sentiasa "Care" akan hz. tapi macam mana dan bagaimana hz ingin menghindari diri ni daripada terus berjumpa dan bertemu dengan dia sedangkan dia juga seorang daripada ahlik Kelab Sepresi dan Artis Budaya UiTM Melaka seperti hz. bingung +serabut= Syntax Error. :(

MASA

bila difikir semula. semakin cepat masa berlalu, semakin hampir dengan hari mati kita.

CITRAWARNA III

tak lama lagi event besar UiTM akan diadakan dan ianya pasti memerlukan bantuan daripada semua pihak. kami memerlukan semua student Kolej di UiTM supaya mereka dapat mengisi segala aktiviti yang dianjurkan kami. yang paling penting, kami daripada Kelab Kebudayaan dan Kesenian UiTM Melaka(Artis Budaya UiTM) perlu bersatu dan bersama2 tolong sesama sendiri dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. berharap segalanya akan berjalan dengan lancar. event ini akan diadakan pada 22,23,24 hari bulan ini. pertandingan Hakka-Cheers, Tarian Lagu-2 asli dan juga explorace budaya akan dipertandingkan pada hari2 tersebut. Jangan lupa ke sana

Past is Past.

when I saw my face in the mirror, I can see that all my sadness and I have found that all my happiness are lost. maybe this is the best way for my life just now. I never regret about what was happened today between you and me. but past is past. just ensuring that would not repeat and happen yet. Thankful to Allah  because the Blessing.

mereka yang sering menemani saya di sini =)