assalamualaikum semua. first think first. nak update pasal sem baru. diam tak diam sudah masuk semester 4. sekejap je berlalu semuanya. terasa macam baru je menjejakkan kaki ke sini. hehe tp ini semua realiti. tiada perkara yang mustahil kalau niat kita betul. okay, pensyarah sem ni pun baik2 belaka. hehhe ini bukan perli tapi realiti. semua pensyarah sporting, memahami, dan macam2 lah. haha UiTM the best part and moment in my journey in this life..syukur alhamdulillah
keduanya, beralih pula kepada kisah ayah. ayah?? kenapa?? hmm, seumur hidup ayah tak pernah pun masuk wad hospital untuk penyakit yang kita juga tak pasti. diam tak diam dah 2 minggu ayah kat situ. asalnya demam saja. tapi rupanya ada "bende" juga menyinggah di badan ayah. walaubagaimanapun aku harus tabah dan cekal dalam menempuh dugaan. kalau aku tunjukkan kesedihan aku pada semua, tambahan kepada mak and adik2. diorang lagi sedih. so, aku sebagai anak lelaki sulung yang perlu mengadap semua perkara yang telah disusun oleh Dia. aku berharap ayah sembuh dari penyakit dan boleh balik rumah.
ketiganya. tentang sepresi. sepresi? sepresi seni mengekpresi diri. nampaknya atas apa yang berlaku, aku harus merehatkan diri aku buat sementara waktu daripada sepresi, sayang mmg sayang, tapi aku harus buat juga keputusan. kalau tak, aku lagi serabut, sebab meeting, event sepresi, nanti bila terlalu serabut + masalah yang aku hadapi, mesti aku tak terurus. aku harap mereka faham.
keempat, tentang event part 4 om. wow, sem ni kitorang taking subject event management, jadi kitorang wajib buat event semester ni. so, macam sem lepas meeting serpresi tiap2 malam sibuk dengan itu ini. tapi sem ni, aku mesti pentingkan event, meeting event pun kene kerap supaya kami yang nak buat event ni dapat berbincang tentang apa dan apa untuk event yang bakal kami anjurkan.. harap semua harapan dan semua impian kami kelas 4F akan berjaya. InshaAllah
kelima, housemate?? dulu roomate? hehe housemate. sekarang dah duduk kat luar (NR) jadi semuanya lain. tapi sebenarnya takdelah ketara sangat perubahan tu. bohong lah tak rindu duduk kolej dengan agip, wan, semua tu. dapat rasa life campus. tapi duduk luar pun okay apa. hehe dapat housemate yang agak sporting dan sekepala juga. sebab apa sekepala, sebab masing2 punya bakat menyanyi. bila buka pintu rumah tu. dengarlah suara "merdu" setiap satu dari mereka. hahaha. skema ayat ..
nampaknya itu sahaja yang hz boleh kongsikan. hehe next time kalau ada apa2 lagi cerita. hz akan luahkan dalam ini diari elektronik. salam dunia. peace yall. "D